ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)

ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.”

Terima Kasih kerana menjadi Follower ^_^"


PERHATIAN!
SELAMAT MEMBACA ^_^! TERIMA KASIH KERANA MELAWAT p/s:kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai... kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai...



Saturday, June 16, 2012

DI SAAT AKU MENCINTAIMU


CERPEN: Di Saat Aku Mencintamu
Oleh: MAWAR KAMILA

Laju saja Diya menyuap spageti goreng ke dalam mulut. Lahap sekali dia makan tak tengok kiri kanan. Nur yang makan semeja pun tak dihiraukan. Almaklumlah, sejak pagi lagi perut tak diisi kerana lambat bangun. Waktu lunch pun dia tak keluar makan kerana kerja yang menimbun.
“Kau ni Diya, macam dah setahun tak makan. Cover-cover la sikit. Malu aku orang dok jeling kita dua kat sini.” Tegur Nur setelah tidak tahan melihat teletah Diya makan.
Diya mengangkat kepala. Dengan mulut yang penuh disumbat spageti, dia melihat ke kanan dan kiri.
“Tak ada sesiapa tengok pun. Perasaan kau je kot.” Jawab Diya selamba.
“Kau ni kan, suka buat aku geram. Ada lah, kau yang tak sedar. Mana nak sedar kalau mulut tu dah sumbat dengan spageti goreng favourite kau tu. Lee Jun Ki melintas depan pun kau dah tak pandang.” Perli Nur. Sengaja mengaitkan nama artis Korea pujaan sahabatnya itu. Pujaan hatinya juga. Heee..
“Ade ke Lee Jun Ki melintas? Kalau dia melintas kau bagi tahu aku. Aku nak recommend spageti goreng ni kat dia. Fuh! Sure licin pinggan.” Balas Diya tanpa mengangkat kepala.
 “Dah-dah. Kau makan la cepat. Jangan bercakap kalau mulut penuh. Tak sopan langsung.” Geram Nur dengan kerenah sahabatnya itu.
“Aku tak bercakap kalau kau tak membebel. Ni tak, sejak suapan pertama sampai pinggan aku ni kosong. Mulut kau laju je macam mesin gun membebel itu ini.” Balas Diya setelah suapan spageti  goreng terakhirnya ditelan.
‘Fuh! Alhamdulillah...kenyang!’ Sambil itu tangan kanannya mengusap perut yang sudah full.
“Ye la. Aku salah kau betul. Dah sudah makan, jom kita cau.” Nur mengalah jua. Sia-sia je berbalah pasal hal kecil begitu.
Diya tersengih lalu berdiri. Sungguh malang itu tak berbau. Sebaik saja Diya berdiri, dia berlanggar dengan seorang pelayan yang melintasi belakangnya.
“Oh my God!” wanita yang kebetulan lalu di situ terjerit apabila segelas jus oren yang dibawa pelayan itu tertumpah mengenai bajunya.
 “Ops! Sorry. Saya tak sengaja.” Serba salah Diya. Nur dan pelayan wanita pula hanya terlopong.
“Sorry? Hei! You ingat segalanya boleh settle dengan sorry you tu? Baju I dah kotor tau!” tengking wanita itu.
Tak berkelip mata Diya dan Nur. ‘Mak ai! Anak singa rupanya. Ganas betul pompuan ni.’ bisik hati Diya.
Diya tak mampu berkata apa-apa. Jemari kirinya menggaru-garu leher di bawah tudung  yang tidak gatal. Tiba-tiba perut Diya rasa semacam. ‘Aiseh! Tak boleh jadi ni. Aku kena blah cepat Tangki dah full yang baru, yang semalam dah nak keluar.’
“Zahil, look! Habis baju I kotor sebab perempuan tak guna ni.” wanita itu merengek pada seorang lelaki yang datang menghampiri mereka.
Diya hanya terdiam apabila mata lelaki itu menikam wajahnya. ‘Dia nak mengamuk pada aku ker?’ wajah Diya bertukar kelat.
Nur jadi gelisah apabila mereka menjadi perhatian orang awam dalam restoran tersebut.
“Maaf cik, kawan saya tak sengaja. Kami betul-betul minta maaf. Hal kecil tak perlu kita perbesarkan.” Nur akhirnya bersuara. Meluat pula dia dengan wanita itu yang sengaja membesarkan hal yang kecil.
“Hal kecil kau kata! Baju aku kotor tau. Macam mana nak makan kalau baju kotor. Ni semua pasal kawan kau yang bengong ni!” wanita itu menunding jari ke arah muka Diya. Lelaki yang berdiri di sisi wanita bermulut celupar itu  hanya diam.
Terkejut Diya dan Nur dengan kelancangan mulut wanita itu.
‘Ni tak leh jadi. Dah melampau kata aku bengong!.’ Sejurus itu, Diya mencurah wanita itu dengan baki air jus lemon dari gelas minumannya.
Terbuntang mata wanita itu. Nur pula menekup mulutnya terkejut dengan tindakan spontan Diya.
“Yang tadi tu tak sengaja. Yang ini aku sengaja. Sekarang baru perbuatan yang BENGONG!” sengaja Diya menekankan perkataan bengong itu. Tercengang wanita itu dengan mulut yang melopong luas. Tidak menduga tindakan cerdik Diya itu.
Diya kemudian menarik Nur berlalu dari situ. Keluar dari restoran itu, mereka berdua ketawa geli hati.
“Zahil! Kenapa awak tersenyum?” jerit wanita itu pada lelaki yang dipanggil Zahil itu.
“Sangat kelakar!” jawab lelaki itu sambil ketawa.
“Maaf puan. Saya minta maaf bagi pihak pekerja saya.” Manager restoran itu muncul entah dari mana.
Kehadiran manager itu tidak dihiraukan. Wanita itu merengus dan melangkah keluar dari restoran itu dengan sumpah seranah dalam hati.
************************************************************************
Diya melangkah masuk ke pejabat. Suasana pejabat agak bising pada waktu pagi begini. Mentang-mentang bos tak masuk lagi time ni la mulut-mulut gosip sebar berita.
Beberapa minit kemudian, bos mereka Encik Khalid tiba ke pejabat. Semua macam palesit lari duduk di tempat kerja masing-masing. Diya selaku setiausaha Encik Khalid berdiri menyambut kedatangan bosnya itu.
Encik Khalid menghampiri Diya dengan senyuman mesra. Nampaknya pagi itu bos Diya itu tidak datang seorang diri. Ada seorang lelaki tampan bersamanya.
Encik Khalid terus masuk ke pejabatnya diekori lelaki itu. Sebelum lelaki itu melangkah ke dalam pejabat Encik Khalid, sempat dia menghadiahkan Diya satu senyuman manis beserta kenyitan mata kiri.
Glupp!  ‘Gila mamat ni!’
“Diya, masuk bilik saya sekarang.” Arah Encik Khalid.
Diya segera muncul bersama nota ditangan. Bersedia mencatat sebarang tugas dan arahan.
“Diya, ini kawan saya Razif. Razif, ini setiausaha saya Adelia Dayana.”
Mereka saling berbalas senyuman perkenalan.
“Razif akan ganti posisi saya buat sementara kerana saya mengambil cuti selama lima bulan. Razif sebenarnya bakal manager cawangan syarikat baru di Johor. Jadi saya harap awak dapat bantu dia sebagaimana awak bantu saya.”
Itulah permulaan perkenalan Diya dengan Razif. Lelaki yang mula mengganggu hidupnya. Merimaskan hari-hari Diya dengan ajakan keluar makan, tengok wayang dan macam-macam. Segalanya ditolak Diya sebaik mungkin.
‘Lelaki buaya darat!’ itulah getus hati Diya tiap kali lelaki itu mengayatnya dengan bermacam gaya yang membuatkan hatinya meluat.
**********************************************************************
“Diya, please beri peluang pada saya kali ini. Saya tak seperti yang awak sangkakan.” rayu Razif pada Diya ketika semua pekerja lain sudah pulang.
“Encik Razif, saya mahu balik. Saya tak dapat terima Encik Razif dan jawapan saya tidak untuk semua permintaan Encik Razif.” Tegas Diya.
‘Malas betul layan mamat tak faham bahasa ni. Wahai semua lelaki-lelaki di dunia, semua wanita boleh sakit jiwa kalau semua lelaki bersikap macam mamat ni.’ keluh Diya.
“Saya minta diri Encik Razif.” Diya segera berlalu.
Diya berjalan pantas menuju ke arah pintu lif. Dia mahu pulang segera. Tidak mahu bertembung dengan lelaki itu. Nafas lega ditarik sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam lif.
Sebaik saja pintu lif mahu tertutup, ada tangan yang menyekat. Dan wajah Razif terpacak di hadapan lif. Diya terkejut tetapi segera diselindungi perasaan terkejutnya itu.
Razif masuk ke dalam lif dengan muka serius. Sebaik saja pintu lif tertutup....
“Eh! Apa ni Encik Razif?” Diya meronta apabila Zaril tiba-tiba saja menerkam ke arahnya.
Sedaya upaya Diya menolak tubuh sasa Razif yang memeluk dan cuba mencium bibirnya.
“Lepaskan saya Encik Razif!” Razif bagai dirasuk syaitan. Rontaan Diya seolah tidak didengar telinganya. Lelaki itu begitu rakus melawan rontaan Diya.
“Aku akan dapat apa aku mahu!” kata-kata Razif benar-benar membakar amarah Diya. Seterusnya mencetuskan kekuatan luar biasa dalam diri gadis itu.
“RAZIF!!!” Diya menolak tubuh Razif memberikan ruang sedikit antara mereka. Lalu lutut kanannya menendang celah kangkang Razif sekuat tenaga!
“Awww!!!” Razif terloncat-loncat sebelum duduk melutut di lantai. Lelaki itu mengerang kesakitan yang amat.
Saat itu juga pintu lif terbuka. Diya terus berlari keluar. Hatinya membisikkan syukur ke hadrat Allah.
***************************************************************************
“Tak guna! Kurang ajar punya lelaki! Gila!” Diya menyumpah seranah Razif. Kereta Myvi berwarna merahnya dipandu dengan hati terbakar. Nasib belum hangus je. Tidak pernah dia semarah ini sepanjang hidupnya.
Tiba-tiba! “DAM!!!” Diya hampir mencium stereng kereta. Mujur dia mengenakan tali pinggang keselamatan.
Hati yang terbakar bagai disimbah minyak petrol. Berapi-api macam nak meletup! Diya segera keluar dari kereta dan melihat hadapan keretanya. Melopong mulutnya melihat hadapan keretanya telah kemek. Seorang lelaki keluar dari kereta Sonata Hyundai yang berlanggar dengan Myvi milik Diya.
“Awak tak tahu bawa kereta ke? Suka-suka hati berhentikan kereta tengah-tengah jalan. Apa ingat ni jalan bapak awak punya ke!” sembur Diya pada pemilik kereta itu sebaik saja lelaki itu menghampirinya.
“Maaf cik, saya...” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Diya terus memotong.
“Maaf? Hei! Kalau la saya mati tadi, awak ingat maaf awak tu laku ke? Bawak kereta macam orang mabuk, harap kereta je besar. Akal tak dak! Tak guna! Lelaki semua sama!” Diya terus memaki hamus lelaki itu.
Kesabaran lelaki itu mulai menipis. Lelaki itu menghampiri Diya yang mengamuk macam orang tak sedar diri. Tangan kanan lelaki itu menekup mulut Diya lalu tubuh gadis itu ditolak hingga tersandar pada kereta Myvi milik Diya.
Diya cuba meronta tetapi tenaga lelaki itu ternyata tidak mampu ditandinginya. Keadaan jalan di situ pula sunyi tanpa sebuah kenderaan pun melaluinya. Hati Diya berdebar-debar.
Debarannya semakin kencang apabila wajah lelaki itu mendekati wajahnya. Jarak hidung mereka hanya satu jari dari bertembung. Diya tidak dapat melihat mata lelaki itu memandangkan lelaki itu mengenakan kaca mata hitam.
“Diam! Awak dengar saya cakap pula.” Mata Diya terkebil-kebil. Jantung Diya dipalu semakin kencang.
“ Pertama, awak yang langgar kereta saya dan bukan saya yang langgar kereta awak.
Kedua, buat pengetahuan awak dekat depan tu ada lampu isyarat dan lampu isyarat tersebut berwarna merah!
Ketiga, lampu isyarat merah tanda berhenti dan saya berhentikan kereta saya!
Keempat, awak tak perlu risau sebab saya tak akan minta awak bayar ganti rugi untuk kerosakan kereta saya tu!
Dan yang kelima! Lain kali kalau nak marah, cover-cover sikit. Bersembur air liur, membazir je.” Ujar lelaki itu dengan senyuman yang sinis.
Selepas itu, Diya dilepaskan. Tercungap-cungap Diya mengambil nafas.
“Emm..lagi satu. Awak tak cantik kalau marah-marah. Macam nenek saya!.” Ujar lelaki itu sebelum masuk ke dalam perut Sonata Hyundai miliknya.
Kata-kata akhir lelaki itu membakar hati Diya yang tadinya kecut. 
************************************************************************
Esoknya, Diya pergi ke pejabat bersama sepucuk surat. Pastinya surat meletak jawatan. Mahu tidak, lelaki itu buka saja bertindak biadab padanya malah Razif menyebabkan dia terlibat dalam accident kereta.
“Diya, let me explains first.” Razif masih cuba memujuk Diya.
“Penjelasan apa lagi? Terang-terangan awak cuba ragut kehormatan saya! Awak patut bersyukur saya tak buat report polis.” Diya menyemburkan amarahnya.
‘Dari semalam asyik marah orang. Kalau hari-hari mahu kena heart attack.’
Diya berlalu keluar dari pejabat Razif. Mengemas semua barang miliknya di meja kerjanya dan bersedia berlalu pergi.
Tetapi Razif muncul lagi di mejanya.
“Please Diya, kesiankan saya. Apa saya nak cakap kalau Khalid balik nanti? Awak tak boleh buat saya macam ni.” Razif tanpa segan silu memohon belas kasihan Diya. Dimana belas kasihan lelaki itu ketika bertindak seperti binatang semalam?
“Encik Razif, sabar saya ada batasnya. Encik Razif pasti tidak mahu saya bercerita peristiwa semalam secara terbukakan.” Ugut Diya. Gadis itu berlalu pergi.
“Saya tak akan lepaskan awak Diya!” jerit Razif tanpa mempedulikan staf-staf lain yang menonton free show mereka.
Diya yang menghampiri pintu keluar berpaling ke belakang. Tajam matanya menikam mata Razif.
“Saya juga tak akan lupa perbuatan Encik Razif!”
Staf-staf lain mula berbisik sesama mereka. Hujung pangkal cerita tidak mereka ketahui tetapi adat gosip la katakan. Yang pendek jadi panjang, yang tiada diada-adakan.
***********************************************************************
Sebulan berlalu sejak peristiwa itu, Diya menjadi penganggur. Sehinggalah Nur memperkenalkan Diya dengan Kamelia. Diya membantu Kamelia di kedai bunganya. Jauh benar daripada profesionnya sebelum ini. Tetapi itu lebih baik dari jadi penganggur terhormat.
Mujur dia ada bakat dalam kerja-kerja menggubah bunga. Dapat juga dia gunakan dalam kerjaya barunya itu. Lama kelamaan dia sudah mulai biasa dan minat dengan kerjanya itu.
“Ding! Dong!” loceng berbunyi tanda ada pelanggan yang masuk.
“Diya, pergi layan customer tu. Biar akak habiskan gubahan ni.” Arah Kamelia.
Diya hanya menurut. Segera dihampiri customer lelaki yang sedang membelakanginya itu.
“Encik nak beli bunga?” sapa Diya dengan penuh mesra.
Saat lelaki itu berpaling menghadap Diya. Gadis itu melopong. Terkejut benar dia apabila lelaki itu adalah lelaki yang dilanggar keretanya sebulan lalu.
“Besar betul mulut awak. Baik awak tutup sebelum saya cium!” automatik Diya menutup mulutnya. Seolah-olah lelaki itu serius dengan gurauan itu.
Lelaki itu tersenyum dengan tingkah Diya. Seperti pertemuan dahulu, lelaki itu memakai kaca mata hitam yang melindungi sepasang mata yang menjadi tanda tanya di hati Diya.
‘Nak tunjuk macho la tu. Masuk kedai pun nak pakai kaca mata hitam.’ Getus hati Diya.
“Encik nak beli bunga apa?” soal Diya sekali lagi. Cuba untuk bersikap mesra pelanggan.
“Saya nak tengok-tengok dulu.” Jawab lelaki itu. Diya hanya mengangguk kepala.
Lelaki itu meneliti setiap jenis bunga yang pelbagai di dalam kedai itu. Dari bunga yang berada di sebelah kanan hingga yang terletak di sebelah kiri kedai. Semua ditelitinya satu persatu. Setelah sepuluh minit berlalu, sekuntum bunga belum dipilihnya.
Kekiri kemudian kekanan. Setiap langkah lelaki itu diekori Diya. Dari kanan patah semula kekiri. Satu kedai telah mereka pusing. Tetap Diya ekori dengan kesabaran yang semakin menipis.
Mahu saja Diya menggesa lelaki itu segera membuat pilihan. Apabila Diya mahu memberikan pendapatnya, lelaki itu segera menahan dengan mengangkat tangan kanannya. Diya mulai bosan.
“Encik...” Ayat Diya mati apabila handphone lelaki itu berbunyi.
“Yep! Saya dah ada di sini.” Berkerut dahi Diya apabila lelaki itu ketawa tatkala Kamelia muncul di hadapan mereka. Panggilan telefon dimatikan.
“Well, dah lama you tunggu?” soal Kamelia mesra.
“ I baru sampai.”Jawap lelaki itu. Terasa panas hati Diya mendengar jawapan itu.
“Oh! Perkenalkan ini pembantu baru I, Adelia Dayana. Boleh panggil Diya.” Diya mengukir senyuman yang dibuat-buat.
Lelaki itu tersenyum lalu membuka cermin mata hitamnya. Diya terkejut apabila lelaki berkaca mata hitam itu adalah lelaki yang sama ditemui di restoran semasa accident minuman dulu.
“Hai, saya Zahil Harith. Jumpa lagi kita. Memang ada jodoh.” Ujar Zahil dengan senyuman.
‘Apa maksud dia dengan memang ada jodoh?’ monolog Diya. Perasaan terkejutnya sudah terkawal.
 “You all dah pernah bertemu sebelum ni?” Soalan Kamelia dijawap Diya dengan anggukan kepala.
“Diya, I nak keluar makan dengan Zahil. Awak tolong jaga kedai ye. Awak nak saya bungkuskan makanan ke?”
“Macam biasa la akak.” Diya membahasakan Kamelia akak kerana wanita itu tua dua tahun darinya.
Kamelia dan Zahil keluar meninggalkan Diya di situ. Sebaik saja mereka berdua hilang dari pandangan, Diya menjerit geram.
“Ceh! Aku ingat customer, rupa-rupanya datang nak keluar dengan kak Kamelia. Kalau aku tahu, tak payah aku susah-susah tunggu layan dia. Menyakitkan hati betul!” bebel Diya. Panas hatinya dipermainkan lelaki itu.
Sejak dari hari itu, Zahil sering ke kedai bunga Kamelia. Kadang-kadang datang untuk keluar makan dengan Kamelia. Kadang-kadang datang sekadar untuk berbual-bual kosong. Diya kadang-kadang mencuri lihat Zahil yang berbual mesra dengan Kamelia. Meluat juga hatinya apabila lelaki itu sesekali tersenyum dan mengenyit mata padanya di belakang Kamelia.
‘Dasar lelaki buaya darat!’ getus Diya dalam hati.
“Hai, Kamelia ada?” soal Zahil pada Diya.
Diya mengurut dada. ‘Sejak bila pula mamat ni muncul. Tak dengar apa-apa bunyi pun.’
“Sorry kalau awak terkejut. Awak tu khusyuk sangat buat kerja. Kalau ada orang datang merompak kedai  pun sure tak sedar.” Diya hanya menjuih bibir dengan kata-kata Zahil.
‘Mana tidak, aku dah duduk perhati dia dekat setengah jam. Langsung dia tak sedar. Kuat mengelamun juga perempuan ni.’ monolog hati Zahil.
“Kak Kamelia tak ada. Katanya dia tak datang kedai hari ni.” acuh tak acuh Diya menjawab.
“Tak pe la kalau macam tu. Saya datang bawa cup cake kegemaran Kamelia. Malang pula Kamelia tak ada. Jadi, saya beri pada awak saja. Awak makan la.” Zahil menghulurkan Diya kotak berisi cup cake.
“Terima kasih saja Encik Zahil. Saya tak makan kek. Nanti gemuk.” Diya menolak pemberian Zahil. Bukan tak makan tapi saja jual mahal.
“Oo...tak tahu pula saya. Tapi kalau makan sekali-sekala tak apa kan. Takkan sekali je dah gemuk. Cup cake ni sedap tau. Cantik pun cantik.” Zahil membuka kotak kek dan menunjukkan Diya rupa kek kecil yang comel itu. Ala-ala promote gitu.
Diya hanya menjeling. Saja buat-buat tak berminat. Padahal perut berkeroncong tatkala aroma cup cake menusuk hidung.
“Tak mengapa la. Saya letak kat sini. Kalau awak rasa nak makan nanti awak ambil. Kalau tak awak bawa balik bagi housemate awak.” Zahil meninggalkan kotak kek itu di atas meja gubahan bunga. Sebaik saja lelaki itu berpaling pergi, Diya menjeling kotak kek itu. Air liur ditelan beberapakali.
Ketika lelaki itu mahu keluar dari kedai, dia bertembung dengan Kamelia yang mahu masuk ke dalam kedai.
“Diya kata you tak datang hari ni.” beritahu Zahil.
“Tadi ada hal. Tapi dah batal. Tu yang I datang ni.” jawab Kamelia.
“You dah makan?”
“Belum. Lapar tapi malas nak keluar makan.”
“Bagus sangat kalau macam tu. I datang bawa cup cake kegemaran you.Tunggu sekejap.” Zahil berpatah semula menghampiri Diya lalu mengambil kotak kek yang telah diberikan pada gadis itu.
“Awak tak makankan. Saya ambil balik ye.” Bisik Zahil sambil tersenyum. Mata Diya tak berkelip.
Glupp! Diya menelan air liur. Terliur Diya melihat kotak kek di tangan Zahil itu.
“ I dah bagi pada Diya sebab you tak ada. Tapi Diya kata dia tak makan cup cake sebab takut gemuk. Memang rezeki you.” Kotak kek berpindah ke tangan Kamelia.
“Jom kita makan cup cake ni sambil minum teh panas di kedai depan tu.” ajak Zahil.
Kamelia dan Zahil meninggalkan Diya yang menelan air liur melihat cup cake dibawa pergi bersama.
‘Itulah rezeki jangan ditolak. Sekarang perut sendiri yang merana.’ Sebahagian hatinya mengutuk diri sendiri.
**************************************************************************
“Assalamualaikum.” Sapa Zahil yang tiba-tiba muncul setelah dua hari tidak datang seperti kebiasaan.
Diya menjawab salam diberi tanpa memandang pemilik suara itu. Sengaja buat-buat sibuk membetulkan gubahan bunga dibentuknya.
“Kak Kamelia ada di belakang. Sekejap saya panggil.” Ujar Diya. Belum sempat Diya berdiri, Zahil telah menghalangnya.
“Saya datang bukan nak jumpa Kamelia.” Beritahu Zahil.
“Habis tu nak buat apa? Oh! Awak nak beli bunga?” soal Diya agar hairan.
“Saya datang nak sunting bunga.” Bersahaja Zahil berkata-kata.
“What!” Diya terjerit. Zahil masih boleh tersenyum.
“Saya datang nak sunting awak jadi isteri saya. Awak dengar tak? Ke saya kena cakap guna speaker.” kali ini Zahil kelihatan serius daripada biasa. Diya terdiam seketika.
“Awak ni, bergurau pulak.” Diya buat-buat ketawa. Hatinya mengatakan lelaki itu sengaja bergurau dengannya.
“Saya serius. Jadi awak tak perlu buat-buat ketawa.” Kata-kata Zahil mematikan ketawa Diya.
Diya berjalan menjauhi Zahil. Tidak mahu melayan lelaki itu. Zahil terus mengekori Diya.
“Saya terpikat dengan awak sejak pertama kali kita bertemu. Saya tak pernah rasa begini sebelum ni. Pertama kali jumpa awak di restoran, saya terus tertarik dengan awak.
Kali kedua bertemu time awak langgar kereta saya, saya rasa awak dah curi hati saya.
Kali ketiga kita ditakdirkan berjumpa di sini, saya yakin awak Hawa yang diciptakan untuk saya. Ibu kepada bakal zuriat saya dan pencinta saya di dunia hingga ke syurga.” Luah Zahil tanpa berselindung.
Diya tak mampu bergerak. Bagai dipasung kakinya. ‘Betulkah apa aku dengar ni? Tiba-tiba je mamat ni datang dan mengaku jatuh hati pada aku. Siap buat ayat aku curi hati dia lagi.”
“Awak biar betul. Awak selama ni datang sini jumpa dengan Kak Kamelia...”  Diya tidak menghabiskan ayatnya.
Zahil ketawa tanpa diketahui hujung pangkalnya. Diya mengerutkan dahi.
“Kak Kamelia tu kawan sejak saya belum sekolah lagi. Family dia jiran saya. Lagi pun bakal tunangnya kawan saya. Saya selalu ke sini sebab saya nak tengok awak. Tu saja alasannya. Kamelia pun tahu tapi saya tak bagi dia beritahu awak.” Entah mengapa jawapan Zahil itu begitu lucu pada Diya. Gadis itu ketawa kecil.
Disangkanya Zahil itu teman lelaki Kak Kamelia. Ada juga manusia seperti Zahil ini.
“Perempuan sombong dekat restoran tu sape pulak? Jiran nenek awak?” soal Diya lagi. “Perempuan tu kawan saya. Sekarang dia di Australia ikut suami dia menetap di sana. Ai, cemburu ker?” Diya mencebek bibir.
 ‘Jealous? No way man!’
“Jadi, awak terima cinta saya?” soal Zahil penuh mengharap.
Diya menarik nafas dalam. Sukarnya menghadapi detik-detik begini.
“Saya minta maaf Zahil. Serius! Saya tak ada apa-apa perasaan terhadap awak. Esok lusa saya tak pasti tapi saat ini saya tak rasa teruja atau gembira atau apa-apa perasaan yang boleh dijadikan petanda yang saya ada perasaan cinta pada awak.” Terus-terang Diya penuh kejujuran.
“Saya ikhlas Diya.” Sayu suara Zahil. Separuh jiwanya seakan sudah terbang mendengar kejujuran Diya itu.
“Mungkin saya perlukan masa untuk berfikir.” Diya jadi serba salah.
‘Kesian pulak mamat ni. Punya beria dia buat ayat panjang-panjang nak luahkan cintanya. Sekali aku reject macam tu je. Nak buat macam mana, cinta tak boleh dipaksa.’ Monolog Diya.
Zahil mengangguk. “Saya beri tempoh dua bulan pada awak. Saya mungkin tidak mempunyai masa yang lebih dari itu. Saya harap awak dapat kenal isi hati awak pada saya dengan sedalam-dalamnya.” Tegas Zahil sebelum berlalu pergi dengan wajah hampa.
Diya menghantar lelaki itu pergi dengan pandangan sayu.
‘Susahnya soal hati dan perasaan ni.’
**************************************************************************
“Cak!”
“Oh! Mak Limah balik rumah!” Diya melatah terperanjat. Bunga-bunga di tangannya jatuh ke lantai.
“Gila ke ape awak ni. Habis bunga-bunga ni jatuh. Rosak bunga ni nanti.” Ngomel Diya.
Zahil hanya ketawa geli hati. Geli hati mendengar ayat melatah Diya dan geli hati apabila gadis itu terkejut hingga terlepas bunga di tangan.
“Jangan la marah mak Limah oi.” Usik Zahil. Diya tersenyum mendengar nama mak Limah disebut Zahil.
‘Ada-ada saja mamat ni. Ni mesti datang nak tackle aku ni. Huh! Tak kenal erti jemu betul.’
“Kita keluar tengok wayang malam ni.” ajak Zahil.
“Tak nak la saya keluar berdua dengan awak.” Balas Diya.
“ Kalau macam tu awak ajak housemate awak sekali. Tak cukup housemate ajak satu taman perumahan pun boleh. Panggung tu saya punya.” Selamba jawapan dari Zahil.
“Ok.” Jawapan Diya menguntum senyum di bibir Zahil.
Betapa lelaki itu manusia paling murah senyumannya.
“Jom la Nur. Takkan aku nak pergi sorang je dengan dia. Kau temankan aku.” Pujuk Diya. Niatnya mahu mengenakan Zahil. Mahu lelaki itu berputus asa saja daripada mengejar cintanya.
“Tak nak la aku. Dia ajak kau bukan aku. Nanti dia halau aku buat malu je.” Nur memberi alasan.
“Tak ada  maknanya dia nak halau kau. Lagipun dia dah cakap aku boleh ajak housemate aku. Siap cakap kalau nak ajak satu taman perumahan ni pun boleh.” Diya mengajuk cara Zahil bercakap.
Nur ketawa geli hati. Lalu sebiji batal di atas sofa dibaling ke arah Diya.
“Itu perli namanya mak cik. Bukan serius pun.”Nur masih enggan mengikut.
Diya putus asa memujuk. Sejak pulang kerja dia memujuk sahabatnya itu. Tetapi degil pula Nur hari itu. ‘Tak ada pilihan lain la nampaknya.’ Monolog Diya.
“Tu nak buat apa pula dengan handphone tu?” soal Nur curiga.
“ Nak buat apa lagi. Mesej Zahil la, batal tengok wayang malam ni. Aku ajak kau sama kau tak nak. Aku pun tak ada mood nak pergi.” Jawab Diya selamba.
“Weh! Kau ni tak baik mungkir janji. Kesian dia. Dah la kau reject cinta dia, mau gantung diri dia nanti.” Simpati betul si Nur pada Zahil.
“Kau ni suka cakap bukan-bukan la. Dah kau kesian dia, kau siap ikut aku pergi tengok wayang dengan dia. Kalau tak, cancel!” tegas Diya. ‘Kena jadi diktator sikit, baru minah ni ikut cakap.’
Zahil hanya tersenyum seperti kebiasaannya apabila Diya dan Nur keluar dari rumah. Langsung tiada tanda lelaki itu marah atau kecewa kerana Diya membawa Nur. Sebaliknya, Zahil begitu ramah berbual dengan Nur dari dalam kereta sampai la depan pintu panggung. Ada saja perkara yang dibualkan mereka berdua.
Diya pula hanya menjadi pendengar. Seolah-olah dia orang ketiga manakala Zahil dan Nur pasangan kekasih.
‘Biarkan. Mana tahu nanti dia orang berdua ni yang naik pelamin. Tak la aku rimas melayan si Zahil ni.’ monolog Diya.
Usai menonton wayang, Zahil mengajak mereka keluar makan. Mereka bertiga makan di restoran Jepun tempat makan kegemaran Zahil. Tahulah Diya bahawa Zahil gemar makanan Jepun. Mata pun dah sepet macam mata orang Jepun.
Keluar dari restoran, Zahil sekali lagi menawarkan diri untuk belanja Diya dan Nur makan ais kream. Kebetulan terdapat sebuah kedai menjual ais kream di seberang restoran makanan Jepun itu.
“Biar saya yang pergi beli.” Diya menawarkan diri sebelum sempat Nur menawar diri untuk pergi membeli ais kream. ‘Ada hati nak tinggalkan aku berdua dengan mamat ni.’ Ngomel Diya dalam hati.
Diya terus melangkah untuk pergi ke kedai di seberang jalan. Tanpa melihat kiri dan kanan, Diya terus melintas jalan.
“Brekkk!!!” bunyi brek kereta jelas kedengaran. Serentak itu Zahir menarik pergelangan tangan Diya membawa gadis itu ke bahu jalan.
“Awak dah gila ke? Lintas jalan tak tengok kiri kanan. Kalau kena langgar tadi, siapa nak jawab? Buat sesuatu tak nak fikir dulu. Suka buat benda-benda bodoh! Awak menakutkan saya! Jantung ni macam nak tercabut! Puas hati awak buat macam tu? Jom kita balik!” Zahil terus berlalu menuju ke kereta.
Buat pertama kalinya Zahil memarahi Diya. Wajah Zahil begitu bengis dengan rona merah. Nur tercegat melihat Diya yang membatu. Wajah Diya pucat dengan mata tak berkelip.
“Diya, jom masuk kereta.” Nur memimpin Diya menuju ke kereta. Diya mengikut seperti orang mamai bangun dari tidur.
Sepanjang memandu menghantar Diya dan Nur pulang, Zahil tidak berkata sepatah apa pun. Wajah lelaki itu tegang manakala Diya dan Nur juga membisu. Sebaik saja Diya dan Nur keluar dari kereta, Sonata Hyundai milik Zahil terus meluncur pergi tanpa ucapan selamat tinggal atau selamat malam. Diya terus masuk ke rumah.
“Kau ok ke Diya?” soal Nur setelah Diya duduk di sofa. Pertanyaan Nur tak dijawab Diya. Gadis itu seperti orang dipukau sejak tadi. Mata tak berkelip langsung.
“Diya, are you ok? Kau jangan buat aku risau. Cakap la sesuatu.” Resah Nur dengan keadaan Diya itu.
“Apa dah jadi dengan aku ni Nur? Aku dengar suara dia seperti marah pada aku. Tapi aku tak dapat lihat apa-apa pun. Aku hanya nampak mata dia. Mata dia membuat aku rasa segala-galanya kosong.” Suara Diya dengan wajah yang kosong.
“Apa kau cakap ni Diya?” soal Nur hairan.
“Mata dia.. mata dia sepetkan. Tadi aku tengok mata dia terbuka luas. Seolah-olah aku lihat hingga ke dasar hati dia.” Nur tercengang.
“Jantung! Jantung aku ni, Nur. Degupannya dah bercelaru. Begitu kencang bila aku lihat dalam mata dia. Aku rasa macam nyawa aku terbang keluar bila dia berlalu pergi.” Diya mengambil tangan kanan Nur dan diletakkan di dada kirinya.
Nur melopong. Segera ditekup mulutnya dengan dua tapak tangannya.
“Kenapa dengan aku ni Nur? Apa dia buat pada aku?” Nur ditatap Diya dengan wajah kebingungan.
“Kau...kau..kau jatuh cinta pada dia. Diya, kau dah jatuh cinta pada Zahil!”  terjerit Nur mengucapkan kata-kata itu. Dia bagaikan tak percaya si kalis cinta kini telah jatuh cinta.
Diya memandang Nur dengan rasa tak percaya. ‘Jatuh cinta?’ bisik hatinya. Dengan itu juga setitis mutiara gugur di pipinya tanpa sebab.
Akhirnya Diya jatuh cinta pada Zahil. Hanya disebabkan lelaki itu memarahinya kerana cuai melintas jalan, hati Diya telah dicuri Zahil. Sungguh takdir Allah tiada siapa menduga.
********************************************************************
“Luahkan perasaan kau tu Diya. Dia perlu tahu.” Nasihat Nur esok harinya.
“Kau ni apa. Aku tak ada apa-apa la. Semalam tu aku shock sebab nyaris-nyaris dilanggar.” Dalih Diya menafikan rasa hati sendiri. Malu dia apabila Nur sudah mengetahui isi hatinya.
“Tak perlu kau nak selindung-selindung dari aku. Diya, cinta tu adakala datang sekali saja seumur hidup. Jangan bila cinta tu pergi, baru disaat itu kau mahu meratapinya. Ego jangan setinggi langit. Kelak kau menyesal.” Nasihat Nur sebelum berlalu untuk ke tempat kerja.
Diya terdiam. Otak dan hatinya membenarkan kata-kata Nur. Tetapi egonya masih menang dalam pergolakan jiwa itu.
Awal-awal pagi lagi Zahil sudah terpacak di hadapan kedai bunga Kamelia. Nampak saja kelibat lelaki itu, jantung Diya sudah bercelaru degupannya. ‘Adakah dia juga begini?’ hati Diya tertanya-tanya.
Salam dari Zahil dijawab perlahan oleh Diya. Antara dengar dan tidak. Langsung wajah Zahil tidak dipandang Diya kerana enggan gelora jiwanya dikesan Zahil.
“Saya minta maaf Diya. Pertama maaf kerana saya marahkan awak.
Kedua maaf kalau saya berkasar dengan awak.
Ketiga maaf  kerana gagal kawal perasaan marah saya.
Serius, saya sangat takut kalau apa-apa terjadi pada awak semalam.” Lelaki itu begitu jujur meluahkan segala isi hatinya.
Diya tertunduk diam. Mahu saja dia mengatakan pada lelaki itu perasaannya saat itu. Tetapi egonya menjadi batu penghalang.
“Saya harap awak maafkan saya.” Kata-kata Zahil itu disambut anggukan kepala. Zahil tersenyum kelat.
‘Diya, kenapa sukar benar untuk hatimu aku miliki?’ hati Zahil  menjerit di hadapan gadis yang dicintainya itu.
Lelaki itu lalu melangkah pergi setelah berjanji akan datang melawat esok hari. Diya menghantar pemergian Zahil dengan senyuman. Sekurang-kurangnya senyuman terakhir Diya itu memberi harapan kepada Zahil untuk mencuba nasibnya esok. Mana tahu hidayah Allah itu ditakdirkan esok.
************************************************************************
“Maafkan saya Diya. Saya tak dapat tunggu awak lagi. Sabar saya ada batasnya. Awak menduga ego kelakian saya. Terlalu banyak saya mengalah selama ini.” Kata-kata Zahil itu bagai belati menusuk hati Diya. Bagai pedang yang menghiris jantungnya menjadi kepingan kecil.
“Zahil, saya cintakan awak.” sayu suara Diya. Air mata sudah menitis di pipi.
“Cinta. Cinta itu sudah terlambat kini. Awak buka lagi permaisuri di hati saya. Ada insan lain yang lebih layak untuk saya mahkotakan dengan cinta suci ini.” Diya menekup mulutnya. ‘Benarkah begitu? Benarkah segalanya sudah berakhir? Cinta pertamanya berkecai hanya dalam tempoh tiga hari!’
“Siapa permaisuri itu Zahil.” Soal Diya dengan hati yang cukup terluka.
“Aku.” Satu suara datang dari arah belakang Diya,. Diya menoleh. Terlopong mulutnya melihat insan itu adalah Nur.
“Nur!” Nur menghampiri Diya dengan senyum sinis di bibir.
“Ya. Aku lah permaisuri baru di hati Zahil, Diya.” Diya menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak mahu menerima hakikat itu. Kepalanya digeleng berkali-kali.
“Diya! Diya!” Nur memanggil-manggil Diya berkali-kali.
Diya meracau-racau dalam tidurnya. Berkali-kali dipanggil tidak juga sedar dari tidurnya. Tiada pilihan lain, Nur mencurah secebuk air ke muka Diya. Diya tersedar dari mimpi ngerinya.
Buka saja mata, Nur tersenyum pada Diya. Dengan selamba, Diya menghayunkan penampar tangan kanannya ke pipi Nur.
“Pang!” Nur tergamam sambil meraba pipinya yang terasa sengal.
“Aku nasihat kau luahkan perasaan pada si Zahil kau degil. Sekarang dah mimpi yang bukan-bukan. Mujur mimpi je, kalau betul. Menangis air mata darah pun belum tentu dapat balik Zahil tu.” bebel Nur. Lucu juga mendengar cerita mimpi Diya itu.
 ‘Aku dengan Zahil? Ok juga, Zahil tu sikit punya main handsome. Macam hero Jepun jer...’ hati nakal Nur mengekek ketawa.
“Aku tahu aku salah. Tapi aku dah bertekad. Hari ni aku akan luahkan segalanya pada Zahil. Aku tak nak biar dia tunggu lagi. Aku ni pun bukan muda lagi.” Azam Diya dalam hati. Nur senyum bahagia. ‘Moga kau gapai bahagia kau Adelia Dayana.’
Hari itu Diya pulang kerja dengan wajah penuh kehampaan. Insan yang dinantinya tidak kunjung tiba. Penat menanti tetapi tidak juga menampakkan diri. Penat juga jarinya menulis mesej  dan menelefon tetapi semuanya hampa. Ke mana lelaki itu pergi tiada siapa yang tahu.
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta...
*********************************************************************
Kini penantian sehari berganjak seminggu. Minggu menjangkau bulan. Akhirnya genap setahun. Diya setia menanti dalam sepi. Menanti insan yang tidak pasti kembalinya.
“Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku”
“Sudah sudah la Diya. Lagu tu dah sepuluh kali kau ulang nyanyi. Tu...sayur sawi tu dah tak rupa sawi dah. Dah jadi sayur cincang. Dah tak kenal mana daun mana batang.” Tegur Nur.
Diya terdiam. Sebak menular di dalam dada. Jauh dia dibuai perasaan hingga tidak sedar sawi dihujung pisau dicincangnya.
Nur hanya memerhati tingkah sahabatnya sejak tadi. Ikan yang dilumur kunyit dan garam sudah masuk ke kuali hingga terhidang dalam pinggan tetapi Diya masih dengan sayur sawinya.
“Dah setahun Diya. Yang pergi biarkan pergi. Tak usah dikenang lagi andai hanya melukakan hati.” nasihat Nur sambil tangan sibuk mengupas bawang.
Diya hanya berdiam diri. Sudah berkali-kali sahabatnya itu berkata begitu. Telinganya mendengar tetapi hatinya sukar mengikut.
“Kau masak la Nur. Aku masuk bilik.” Diya berlalu meninggalkan Nur sendirian di dapur.
Hakikatnya bukan dia tidak mahu membantu temannya itu. Tetapi takungan air matanya yang sudah tidak tertahan lagi enggan diperlihatkan pecah di hadapan sahabatnya itu.
Diya merebah diri di atas katil. Muka ditekup ke atas bantal lalu dia menangis sepuas hati. Jika tadi hanya titik-titik mutiara kecil, kini umpama derasnya air di empangan Bakun.
“Diya...”entah bila Nur masuk ke bilik itu tidak Diya sedar. Tup tup dah duduk di birai katil.
“Setahun kau macam ni. Sampai bila kau nak nangis? Kau luahkan segalanya Diya. Jangan pendam macam ni.” bahu Diya disentuh lembut.
Diya duduk menghadap Nur. Dia bertekad meluahkan segalanya.  
“Aku ni bodoh ke Nur? Dia pergi macam tu je. Tapi aku....nangis macam orang bodoh!” luah Diya. Nur hanya menjadi pendengar. Biarlah Diya meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya.
“Aku memang bodoh sebab buka pintu hati aku untuk dia. Aku sepatutnya teguh dengan prinsip aku dulu untuk tidak percayakan cinta lelaki. Kau tengok aku sekarang Nur, ditinggalkan disaat aku mencintai dirinya.” Semakin deras air mata mengalir di pipi Diya.
Di hembur segala rasa kecewa, sedih dan amarah yang selama ini hanya dipendam. Selama sejam juga Nur setia menjadi pendengar. Sehingga Nur turut menitiskan air mata. Tidak diduga sebegitu berat hari-hari yang dilalui Diya selama ini. Disangkanya Diya tabah menghadapi pemergian Zahil.
 “Aku benci dia Nur! Aku benci pada diri aku yang pernah mencintai dia! Aku benci diri aku saat aku mencintai dia! Aku benci dia Nur...tapi aku tak pernah dapat lupakan dia...aku benci diri aku sendiri Nur. Kenapa Zahil buat aku macam ni Nur. Adakah dia sengaja nak balas dendam pada aku. Adakah dia memang sengaja tinggalkan aku macam ni. Aku benci bila aku fikirkan semua tu.” Nur memeluk Diya. Tidak sanggup lagi mendengar segala luahan hati gadis itu.
“Mengapa dia beri aku harapan kemudian biarkan aku terkial-kial sendiri. Bodohnya aku terpedaya.” Rintih Diya.
Diya menangis di bahu Nur. Menangis hingga tangisannya tidak lagi kedengaran. “Aku benci dia Nur...” itu ungkapan terakhir terluah di bibir Diya sebelum gadis itu terlena dalam pelukan Nur.
Malam itu, Diya dan Nur mengambil angin di luar rumah. Duduk di atas kerusi sambil mengira bintang di langit.
“Maafkan aku Nur. Aku banyak susahkan kau.” Luah Diya.
“Akukan sahabat kau. Aku yang sepatutnya minta maaf pada kau. Aku biarkan kau pendam segalanya sorang diri. Aku sahabat yang buta melihat sengsara sahabatnya selama ni.” Nur menggenggam jemari Diya.
“Berjanji pada aku Diya. Berjanji kau akan lupakan dia dan mulakan hidup baru. Berjanji kau tak akan menangis lagi.”
Diya melihat ke dalam mata Nur. Sahabatnya itu sumber kekuatannya. Diya mengukir senyuman.
“Aku janji Nur.” Diya menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan. Dia lalu berdiri menghadap Nur sambil tangan diangkat seperti orang membaca ikrar.
“Saya, Adelia Dayana Muhamad Azhar berjanji tidak akan menangis mengenangkan insan yang telah pergi. Saya akan memulakan hidup baru mulai sekarang!” serius Diya mengungkapkan kata ikrarnya itu.
Nur benar-benar gembira melihat sahabatnya kembali ceria. Mereka kemudian berpelukan erat .
***************************************************************************
Diya tidak lagi bekerja dengan Kamelia. Tempat itu menyimpan seribu kenangan antara dirinya dengan Zahil. Kini Diya mempunyai kedai bunga sendiri. Diya membuka kedai itu dengan bantuan Kamelia juga. Kamelia banyak memberi support kepada Diya selain sahabatnya Nur.
“Nak beli bunga?” dari belakang, Diya menyapa seorang pelanggan lelaki berpakaian seluar slack dengan baju kemeja lengan pendek.
Customer itu tidak menghiraukan dirinya. Berjalan sambil membelek bunga-bunga yang pelbagai jenis dipamerkan dalam kedai.
“Boleh saya bantu encik mahu pilih bunga ape?” mesra Diya bertanya walau soalan awalnya belum berjawab.
“Saya nak semua bunga dalam kedai ini.” Customer itu akhirnya bersuara.
Diya tercengang. ‘Biar betul! Tapi...suara tu..betul ke apa aku dengar? Aku rasa aku tak salah dengar!’
“Termasuk awak!” lelaki itu berpaling menghadap Diya. Mata Diya tak berkelip memandang lelaki berkaca mata hitam itu!
Diya berjalan laju keluar dari kedai bunganya. Zahil terus mengejar. Mereka telah tawaf dalam kedai sebanyak dua pusingan. Dan kini Diya berjalan keluar dari kedai untuk lari dari Zahil. Diya terus berjalan laju walau berkali-kali Zahil memanggil namanya.
“Diya dengar dulu apa saya nak cakap.” jerit Zahil. Lelaki itu sudah berhenti mengejar.
Diya menghentikan langkahnya. Menanti butir kata Zahil seterusnya dari jarak dua meter.
“Ia tak seperti yang awak sangka. Saya tak pernah meninggalkan awak. Saya tak pernah berniat mainkan perasaan awak. Tak terlintas pun dalam hati saya untuk pergi disaat awak mencintai saya. Tak ada dendam dalam hati saya walau seribu kali awak menolak cinta saya.” Luah Zahil jujur. Diya tidak berganjak walau setapak.
Antara percaya dan tidak. Hati Diya berbelah bahagi.
“Diya, saya dapat panggilan dari mama saya dari UK  petang terakhir saya jumpa awak. Adik saya bakal menjalani pembedahan kanser otak berada dalam keadaan koma. Doktor kata dia tak ada peluang untuk hidup. Saya panik saat itu. Saya tertinggal handphone saya di airport dan saya tak tahu macam mana lagi nak hubungi awak.” Zahil bercerita tanpa diminta. Nafas panjang ditarik.
“Dua minggu saya di sana, adik saya meninggal dunia. Mama saya tertekan dan jatuh sakit. Saya boleh tinggalkan segala-galanya untuk awak Diya. Tapi saya tak boleh tinggalkan mama saya. Mama saya terlalu penting dalam hidup saya. Tapi kini saya kembali Diya. Saya kembali kerana awak adalah satu-satunya insan penting yang masih ada dalam hidup saya. Saya tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni.” cerita Zahil tanpa sedar air mata lelakinya tumpah juga.
Perit mengenangkan satu persatu ujian yang menimpanya. Hati Diya terasa sayu saat itu. Tidak diduga derita lelaki itu lebih hebat dari sengsara yang dialaminya.
“Saya mohon maaf Diya. Pertama, maaf sebab saya pergi tanpa beritahu awak.
Kedua, maaf sebab saya telah buat awak menunggu saya selama setahun.
Ketiga, maaf sebab buat awak fikir yang bukan-bukan selama pemergian saya.
Keempat, maaf sebab saya kembali kini untuk meraih cinta awak yang saya hilang dalam tempoh setahun lalu.
Kelima... maaf sebab saya tak akan lepaskan awak. Saya tak nak kehilangan awak lagi Diya. Saya nak awak jadi isteri saya yang sah. Sudikah awak terima saya sebagai Adam dalam hidup awak?” 
Saat itu, air mata Diya mengalir deras di pipi. Diya berpaling menghadap Zahil yang menantikan kata jawapan darinya.
“Bodoh! Awak tak pernah kehilangan saya. Saya tak pergi mana-mana pun. Awak yang hilang. Saya yang sepatutnya cakap.... saya tak nak kehilangan awak lagi Zahil!” senyuman di bibir Diya sudah cukup memberi jawapan untuk seluruh persoalan hati Zahil.
****************************************************************************
Pada suatu petang, Zahil dan Diya pergi mengambil baju pengantin di kedai butik Chek Nan. Tersenyum gembira Diya tatkala baju pengantin berwarna putih untuk upacara akad nikah digayakan di hadapan cermin. Tersenyum Diya apabila Zahil memuji kecantikannya berbaju begitu.
“Kalau hari-hari pakai macam ni pun bagus.” Kata-kata Zahil disambut ketawa Diya dan Che Nan, pemilik butik itu.
“Ni baju pengantin la cik abang oi! Mana ada pakai selalu. Kalau boleh, biar pakai sekali seumur hidup. Lain la kalau awak ada niat nak kahwin lain lepas ni.” Duga Diya membuahkan senyum di bibir Zahil.
‘Betapa senyuman itu cukup menggetarkan hati Diya.’
“Ape pulak saya yang kahwin lain. Awak saya nak letak mana. Sorang pun payah nak dapat inikan pula nak tambah lagi sorang.” Zahil ketawa geli hati.
“Mana la tahu kalau-kalau saya dah pergi du...” Belum sempat ayat Diya habis, Zahil sudah meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya sendiri memberi isyarat senyap.
Zahil merapati Diya yang berdiri di hadapan cermin. Che Nan yang ada di situ berlalu memahami kehadirannya tidak lagi diperlukan saat itu.
“Dengar sini sayang, awak tak akan pergi mana-mana. Kalau ditakdirkan salah seorang antara kita yang pergi, biar saya pergi dulu. Pertama kerana saya tak dapat hidup tanpa awak.
Kedua, awak adalah semangat untuk saya menempuh hari-hari saya.
Ketiga, saya hanya ada awak dan awak adalah segala-galanya dalam hidup saya.
Keempat, awak satu-satunya wanita yang saya cintai sepanjang hayat ini. Itu pinta saya dalam setiap doa.
Kelima, andai itu takdirnya biar saya yang tunggu awak di pintu syurga...” menitis mutiara jernih ke pipi gebu Diya mendengar kata-kata Zahil.
‘Tapi mampukah aku hidup tanpa Zahil?’ soal hati Diya.
“Wah! Bahagia nampak. Dah nak kahwin kau Diya. Ingatkan kau jual mahal sampai ke tua.” Serentak Diya dan Zahil berpaling ke arah bunyi suara itu. Suasana syahdu diragut pergi.
Terkejut Diya apabila pemilik suara itu adalah Razif. Lelaki yang pernah dibencinya itu berdiri di hadapannya dengan wajah yang menyakitkan hati.
“Kau nak apa Razif? Dari dulu tak habis-habis nak susahkan hidup aku.” Diya mula hilang sabar.
‘Kenapa dia muncul pada saat bahagia itu milikku?’
“Aku tak mahu apa-apa buat masa ini. Aku cuma nak ingatkan kau tentang sesuatu.” Kata-kata Razif mengundang debar di dada Diya.
“Aku tak akan lepaskan kau. Kalau aku tak dapat, jangan harap jantan lain akan dapat!” ugut Razif kemudian berlalu dengan ketawa yang kuat. Zahil yang hilang sabar mahu menerkam Razif tetapi dihalang Diya. Merah muka Zahil menahan amarahnya terhadap lelaki yang muncul secara tiba-tiba itu.
Razif yang berjalan-jalan di kawasan mall itu terpandang Diya yang berjalan dengan seorang lelaki memasuki sebuah kedai butik pengantin. Melihat kemesraan merpati dua sejoli itu, dendam di hati Razif membara. Saat perasaan iri hatinya sudah memuncak, dia memunculkan diri.
Dan kini dia punya misi untuk membalas dendam. Hancurkan hidup Diya sebagaimana gadis itu hancurkan hatinya.
Selesai majlis akad nikah, Diya berpelukan dengan ahli keluarganya. Ibu Diya membisikkan pesanan agar anaknya menjadi isteri yang taat pada suami. Begitu juga ayahnya yang gembira kerana tanggungjawab terhadap anak gadisnya telah diserahkan pada seorang lelaki yang diyakini mampu membimbing dan membahagiakan puterinya.
Ketika sedang berpelukan dengan sanak saudara, Nur menghulurkan Diya satu panggilan telefon. Panggilan telefon dijawab Diya. Nur menjungkit bahu apabila ditanya gerangan pemanggil.
“Hello! Diya. Cantik kau berbaju pengantin. Bertambah cantik kalau baju tu aku tompokkan dengan darah suami kau! Hahaaaaaa!!! Kau takut ke? Jangan takut Diya, aku masih bersimpati pada kau. Kalau kau sayangkan suami kau, datang ke jalan seberang masjid. Aku nak buat perjanjian dengan kau.” Talian terus mati di situ. Diya melihat sekelilingnya.
‘Di manakah Zahil? Zahil! Zahil tiada!’ Diya cemas. Bimbang sesuatu buruk berlaku pada suaminya.
Tiba-tiba telefon berdering lagi. Diya menjawab panggilan itu.
“Sekarang Diya! Datang ke sini sekarang!” bagai dipukai, Diya terus lari meluru ke arah  seberang jalan.
Ahli keluarga yang berada di situ terpinga-pinga apabila melihat Diya tiba-tiba berlari keluar dari kawasan perkarangan masjid. Ketika menyeberang jalan, sebuah kereta Vios hitam meluncur laju melanggar Diya. Tubuhnya melambung ke atas cermin kereta sebelum berguling jatuh ke atas jalan. Zahil yang baru selesai membuat sujud syukur keluar dari masjid dengan keadaan panik.
“DIYA!!!” itu suara terakhir yang singgah dipendengaran Diya. Dan suara itu milik Zahil.
************************************************************************
Air mata lelaki Zahil menitis melihat keadaan isterinya yang terlantar di atas katil dengan wayar yang berselirat di seluruh tubuh. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaannya saat itu.
‘Ya Allah. Jangan kau ambil dia saat ini Ya Allah. Jangan kau ambil dia disaat cinta ini mula bersatu dalam redha Mu. Andai itu takdir yang Kau tetapkan. Apalah daya aku Ya Allah. Aku berserah pada Mu andai itu terbaik untuk isteriku. Aku redha hidup dan matinya Ya Allah. Sesungguhnya tempat para  isteri yang meninggal dalam redha suami adalah di syurga Mu.’ Rintih Zahil dalam sendu.
“Ayah, Zahil nak pergi buat solat hajat di surau. Ayah tolong jaga Diya sebentar ye.” Encik Azhar mengangguk sambil menepuk bahu menantunya. Seolah membisikkan kata kesabaran untuk lelaki itu.
Zahil menuju ke arah surau di hospital. Dia menjadi pengunjung surau itu sejak seminggu isterinya koma dan dirawat di hospital itu. Usai membuat solat hajat, dia menyambung dengan bacaan yasin pula.
Selepas itu Zahil kembali ke wad Diya. Menghampiri wad Diya, Zahil melihat sanak saudara berdiri di luar wad dengan deraian air mata. Saat dia berdiri di pintu bilik wad, bahunya ditepuk ayah mertuanya.
“Sabar Zahil. Kita semua sayangkan Diya. Tapi Allah lebih sayangkan Diya. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita manusia kerdil ini kembali.” Kata-kaat ayah mertuanya umpama petir yang membelah langit kelam di hatinya.
Zahil terduduk di hadapan pintu. Terasa tubuhnya terlalu longlai dan kakinya sudah tidak berdaya menampung berat tubuhnya. Dari situ dia dapat melihat sekujur tubuh yang telah ditutup dengan kain putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Segalanya seakan kelam, sekelilingnya gelap. Dia mahu menangis saat itu. Malangnya setitik air mata pun tidak mahu keluar. Adakah air matanya sudah kering?
‘Ya Allah. Inikah takdir Mu? Beratnya Ya Allah....Ya Allah...’ rintihan Zahil hanya dalam hati. Ngilunya terasa menusuk kalbu.
“Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku”
Terdengar sayup-sayup suara Diya menyanyikan lagu kegemarannya di cuping telinga Zahil. Zahil akhirnya jatuh ke lantai.
“Zahil. Zahil. Bangun nak. Kenapa tidur di sini? Bangun.” Suara ayah mertua Zahil mengejutkan Zahil dari tidurnya.
Zahil melihat wajah ayah mertuanya itu. Menitis air matanya tidak dapat ditahan lagi.
“Sudah Zahil. Tak perlu menangis lagi. Segalanya dah semakin baik.” Pujuk Encik Azhar.
“ Ayah, Zahil mimpi ayah. Zahil mimpi Diya pergi tinggalkan Zahil.” Teresak-esak lelaki itu tanpa segan silu lagi. Masih terbayang sekujur tubuh bertutup kain putih di ruang matanya.
“Mimpi tu mainan tidur Zahil. Diya dah sedar. Diya dah stabil sekarang. Diya nak jumpa Zahil.” Beritahu Encik Azhar dengan rasa gembira.
Zahil bagai mendapat kekuatan baru tatkala berita itu menusuk pendengarannya. Segera dia melangkah bersama ayah mertuanya untuk menemui isterinya.
Hatinya bagai tidak percaya berita itu. Mimpinya benar-benar menguasai fikirannya. Terasa debar dadanya tatkala menghampiri wad.
“Diya...”sayu suara Zahil tatkala berada di sisi isterinya. Air mata lelakinya menitis sekali lagi. Tetapi tidak sederas tadi.
Gembira di hatinya hanya Allah saja tahu. Zikir memuji Allah berlagu dalam hatinya. Setiap nafasnya hanya syukur pada rahmat Allah yang amat besar itu.
“Abang, maafkan Diya abang.” Bisik Diya dalam keadaan lemah.
“Diya tak salah. Abang sayang Diya. Diya mesti kuat, pulih dengan cepat agar dapat temani abang. Supaya kita dapat jaga kedai bunga sama-sama lakukan macam-macam perkara bersama-sama.” Diya tersenyum mendengar kata-kata Zahil.
Seminggu kemudian, Diya sudah dibenarkan keluar dari hospital. Diya dijaga Zahil bagaikan permaisuri dalam hidupnya. Wanita itu ditatang sepenuh jiwa dan raga. Pada Zahil, Diya adalah amanah Allah yang sangat bernilai. Diya adalah segala-galanya setelah mama dan adiknya pergi menemui Maha Pencipta.
Diya adalah kekuatan dan kelemahan. Diya adalah nafas dan nadi hidupnya. Diya adalah isteri dan cintanya. Cinta di dunia hingga ke syurga...
Opss!!! Lupa nak cerita. Razif telah ditangkap pihak polis atas tuduhan cubaan membunuh. Penangkapannya adalah hasil maklumat saksi kejadian dan maklumat Diya sebaik saja sedar dari komanya.
Lagi satu cerita tertinggal. Pada ulang tahun perkahwinan Zahil Harith dan Adelia Dayana yang pertama, Zahil menghulurkan isterinya sebuah buku diari tertulis di kulit hadapannya ‘DIARI SEORANG ISTERI’.
Sebaik sahaja Diya menyelak halaman pertama diari itu, bibirnya tersenyum membaca bait-bait puitis yang dicoretkan suaminya.
 Di saat aku mencintaimu...
Jangan kau hilang dari pandanganku...
Di saat aku mencintaimu...
Hembuskan panas nafasmu dalam ruang kalbuku...
Agar kelak aku tidak menjadi perindu...
: Dari suami yang mencintaimu disetiap saat dan detik nafasku._ZAHIL HARITH
untuk cintaku_ ADELIA DAYANA
-TAMAT-






3 comments:

terima kasih kerana membaca karya Mawar Kamila ^_^!
komen anda amat dihargai.