ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)

ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.”

Terima Kasih kerana menjadi Follower ^_^"


PERHATIAN!
SELAMAT MEMBACA ^_^! TERIMA KASIH KERANA MELAWAT p/s:kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai... kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai...



Wednesday, August 22, 2012

ISTERI AKU KALIS CINTA 9



Oleh: MAWAR KAMILA

BAB 9
Dari jendela, Diya lihat hujan renyai-renyai membasah bumi. Langit malam gelap gelita dilitupi awan hitam yang mencurahkan hujan. Diya kemudian capai sebuah majalah Wanita di atas meja sebelum naik ke atas katil dan duduk bersandar pada kepala katil. Majalah di tangan dibelek-belek ala kadar sebelum melangkau pembacaan terus pada halaman muka surat kelima. Sepuluh minit berlalu, Diya masih khusyuk dengan pembacaannya.
“Prang!” bunyi kaca pecah mengejutkan Diya. Diya urut dada yang sedikit berdebar akibat terkejut tadi. Kemudian dia melangkah turun dari katil untuk keluar dari kamar bagi mencari punca bunyi itu.
Diya buka daun pintu dan kepalanya mengintai keluar. Sepi. Hati Diya tertanya sendiri. Bunyi kaca pecah tadi dari dapur ke? Adakah Nur pecahkan gelas? Hati diasak keinginan untuk mendapatkan jawapan bagi segala persoalan.
“Nur!” laung Diya dengan mata memandang arah dapur.
Masih sepi. Diya garu kepala. Akhirnya kaki di atur menuju ke dapur. Diya terpacak di depan pintu dapur yang gelap.
“Nur!” panggil Diya lagi. Hati masih tertanya-tanya sama ada Nur ada di dapur atau tidak. Nur ni bukan boleh berkira. Kalau masuk dapur tu, malas betul nak tekan suis buka lampu. Suka sangat meraba dalam gelap.
Panggilan Diya tidak disahut sesiapa. Saat Diya berura-ura untuk kembali ke kamarnya, terdengar bunyi seseorang berlanggar dengan pinggan yang di tempatkan di kabinet dapur. Langkah kaki Diya terhenti. Kemudian gadis itu laju saja masuk ke dapur lalu menekan suis lampu.
“Kau ni la Nur, buat suspend je. Kau buat apa dalam gelap ni?” ujar Diya sambil menapak ke tengah ruang dapur yang bersaiz sederhana itu.
“A… awak… awak siapa?” Diya tergamam. Yang berdiri berdepan dengannya kini bukan Nur.
Diya sangat pasti itu bukan Nur walaupun muka manusia di depannya kini terlindung oleh hud yang menutup sebahagian wajahnya. Susuk tubuh tegap seperti lelaki yang sasa, mana mungkin itu Nur. Jadi, siapa lelaki ini? Jantung Diya mula berdebar kencang.
“Awak si… apa? Bu… buat apa? Awak… a… wak pen… cu… curi?” soal Diya lagi. Kakinya bagai terpasung di situ. Hanya mampu bersuara itupun sudah tergagap-gagap dengan suara yang kurang jelas.
Lelaki berjaket dan berhud itu tidak menjawab. Sebaliknya mengukir senyuman sinis. Diya telan air liur melihat senyuman sinis yang menggerunkan itu. Peluh sudah menitik membasah dahi gadis itu. Diya meramas-ramas jari-jemarinya.
Diya tidak membuang masa. Lari! Hanya itu yang terlintas dalam fikirannya kini. Namun ternyata langkah lelaki berhud itu lebih pantas. Tubuh Diya dirangkul kejap dari arah belakang. Gadis itu meronta-ronta sekuat tenaga namun kudrat Hawanya tidak terbanding oleh tenaga rijal yang bertubuh sasa itu.
“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” jerit Diya sambil terus meronta hebat.
Namun semakin kuat Diya meronta, rangkulan terhadap dirinya semakin kuat hingga dadanya terasa sempit. Nafas juga terasa sesak.
“Nur! Nur! Tolong aku Nur!” Diya menjerit memanggil Nur pula. Ke mana perginya Nur? Kenapa Nur tidak datang membantu di saat genting begini? Adakah Nur?... Tidak! Tak mungkin Nur diapa-apakan… Hujan air mata membasah pipi Diya.
Hujan di luar semakin lebat. Malah kilat juga saling menyambar diselangi dentuman guruh. Diya terus bergelut untuk melepaskan diri. Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi gelap selepas satu dentuman guruh yang amat kuat. Bekalan eletrik terputus!
Mungkin lelaki berhud itu juga terkejut dengan kegelapan yang berlaku secara tiba-tiba, maka rangkulannya sedikit longgar. Diya menyedari peluang itu lantas bertindak menyiku perut lelaki itu  dengan siku tangan kanan.
“Arrrggghhh!” suara mengerang kesakitan bergema di ruang dapur. Sepantas itu juga Diya berlari menuju arah pintu rumah. Otaknya berserabut tanpa dapat berfikir apa-apa lagi. Lari! Hanya itu yang terdetik saat ini. Lari ke mana, Diya sendiri tidak tahu.
Melepasi gerbang pintu rumah, Diya cuba mendapatkan kereta Myvi yang diparkir di halaman rumah. Malangnya dia tidak memiliki kunci kereta. Bunyi derap kaki lelaki berhud yang semakin hampir memaksa Diya membuat pilihan berlari keluar dari kawasan kediamannya.
Hujan lebat tidak dihiraukan lagi. Diya terus berlari tanpa arah tuju. Beberapa kali dia meluru ke arah beberapa buah pintu pagar dan menggoncang pintu pagar kediaman di situ sambil menjerit meminta pertolongan. Namun, segalanya hampa. Siapa dapat mendengar jeritan wanita itu dalam hujan lebat yang berselang-seli dengan suara kasar guruh di langit? 
Lelaki berhud itu semakin menghampiri dan Diya harus terus berlari. Masa terasa cukup lama dan tenaga larian Diya semakin lemah. Peliknya, lelaki berhud itu masih gagah lariannya mengejar langkah Diya yang semakin longlai.
“Lepaskan aku!” Diya menjerit dan meronta hebat apabila langkahnya berjaya dipintas lelaki berhud itu. Lalu tubuh lemah Diya kembali dirangkul kejap.
Diya bagaikan histeria. Meronta sekuat hati seolah-olah tidak sedarkan diri akibat dirasuk. Pergelutan hebat terus berlaku di tengah jalan yang hanya gelap tanpa limpahan cahaya lampu jalan. Barangkali lampu di laluan ini telah rosak. Rontaan Diya yang semakin mengganas membuatkan lelaki berhud itu hilang sabar. Lalu tubuh Diya dicampaknya jatuh tertiarap atas jalan yang berturap tar.
Diya menjerit kesakitan. Air mata di pipi sudah tiada beza dengan air hujan yang membasahkan seluruh tubuh. Diya menggigil kesejukan dan ketakutan. Untuk berlari, dia sudah tidak berkudrat lagi. Malah kakinya terasa sakit apabila dicampak lelaki berhud itu.
Mata Diya terpaku pada lelaki berhud yang sudah mencangkung di hadapannya. Senyuman sinis lelaki itu dapat dilihat Diya tatkala cahaya kilat memancar sepintas lalu. Menakutkan! Menggerunkan!
“Apa kau nak hah?” tengking Diya.
Lelaki berhud itu ketawa berdekah. Diya telan air liur.
“Diya… kau lupa pada aku?” akhirnya lelaki berhud itu bersuara. Mendatar nadanya.
Diya tergamam. Lelaki itu tahu namanya. Dan suara itu… suara itu sudah mulai diingati memori otak Diya. Tak mungkin!
Diya terus terdiam. Lelaki itu ketawa sekali lagi. Ketawa yang menggerunkan andai didengari sesiapa jua.
“Kau ingat sekarang?” Lelaki itu merapati tubuh Diya yang kaku memandang arahnya. Tajam mata Diya menikam penuh kemarahan dan dendam. Bibir Diya menggigil menampung segala dendam kesumat yang tersimpan sekian lama. Lelaki itu tersenyum sinis melihat reaksi itu. Reaksi yang menarik hatinya.
“Aku…” tanpa menyebut identiti diri, lelaki itu membuka hud yang melindungi sebahagian raut wajahnya.
Cahaya kilat memancar dan saat ini seluruh wajah lelaki itu dapat dilihat Diya walau hanya sepintas lalu.
“Kau… milik aku!” lelaki itu berbisik dengar nada berbaur kejahatan yang menyakitkan hati Diya.
Saat lelaki itu menyentuh tubuh Diya, Diya meronta hebat. Bukan lagi ketakutan, kini wanita itu penuh tenaga amarah yang dinyalakan api dendam.
“Pergi! Aku benci kau! Pergi! Pergi!” Diya terus menjerit dan meronta hebat.
Suara gema ketawa memenuhi ruang. Lelaki itu mentertawakan Diya. Diya marah! Diya benci! Diya berdendam!
“Lelaki setan!!!” Diya menjerit sekuat hati. Bagai mahu terkeluar anak tekaknya saat itu.
“Diya! Diya! Diya! Mengucap Diya. Ingat Allah... Allah… Allah…” suara lembut Nur menyapa telinga Diya. Namun suara itu tenggelam oleh gelombang emosi Diya yang berada di luar kesedaran.
“Lelaki tak guna! Syaitan! Kau syaitan!”
“Ingat Allah, Diya. Ingat Allah, lailahaillallah… lailahaillallah” bisik Nur ke telinga Diya.
Diya terus meracau dalam tidurnya. Malah semakin hebat pula. Nur turut disepak terajang dan dipukul Diya yang meracau seperti histeria.
“Aku benci kau! Baik kau mati! Kau pergi mati!!!”
“Pang!” Tiada pilihan lain, akhirnya tangan Nur hinggap ke pipi Diya lantas menyedarkan Diya dari mimpi ngerinya.
 “Istighfar… mengucap banyak-banyak. Ingat Allah. Tak ada apa-apa yang berlaku. Itu semua mimpi mainan syaitan,” bisik Nur sambil mengusap lembut ubun-ubun Diya.
Diya tergamam. Nafas yang turun naik mulai reda. Mata Diya liar memandang persekitaran bilik yang sudah diterangi lampu. Tidak gelap seperti dalam mimpinya. Di depan Diya kini adalah Nur, bukan si lelaki setan yang memakai jaket hitam berhud. Di luar bising dengan bunyi salakan anjing, bukan bunyi limpahan hujan yang lebat serta dentuman guruh.
Ya, semuanya hanya mimpi. Mimpi yang cukup ngeri padanya. Nur kesat peluh yang membasah di wajah Diya dengan lengan bajunya. Simpatinya melimpah buat Diya.
“Dah lama kau tak mengigau macam ni. Hari ni tiba-tiba kau mimpikan dia.”
Kenyataan Nur disambut Diya dengan renungan mata yang sayu. Perlahan-lahan air mata bercucuran jatuh membasah pipi Diya. Nur bawa Diya dalam pelukannya. Diya peluk Nur erat-erat. Tangisan dan esakan halus terus berirama. Nur biarkan bahunya basah dengan air mata Diya.
“Aku tak dapat lupa. Nur… aku tak pernah tenang. Bayangan dia seperti mengejar aku,” rintih Diya. Untuk menyebut nama lelaki durjana itu juga sudah cukup merobek hati Diya. Sudah lama diri mengharamkan nama itu dari meniti di bibir.
“Kau kena kuat,” pujuk Nur.
Pelukan dileraikan. Diya hela nafas panjang. Dia lebih tenang kini. Botol berisi ubat tidur dicapainyadan ditunjukkan pada Nur.
“Ubat tidur aku dah habis,” ujar Diya lemah. Nur usap kepala Diya melimpahkan simpatinya.
“Sampai bila kau nak bergantung pada ubat tidur ni? Tak elok untuk kesihatan kau.”
Diya mengeluh lemah. Bahu dijungkitkan.
“Atau aku akan tidur dan meracau-racau setiap hari. Aku tak sanggup untuk bermimpi ngeri macam tadi. Aku bencikan dia! Aku tak nak jumpa dia lagi. Dalam mimpi pun, aku tak nak!” luah Diya penuh api kebencian.
“Sabar la Diya. Bahagia tu pasti tiba,” pujuk Nur. Tiada kata yang mampu diluahkan bagi meredakan kebencian Diya terhadap Zakuan. Yang rasa sakitnya Diya. Yang menelan pahit itu Diya. Nur hanya mampu berdoa agar luka yang dirobek Zakuan bakal sembuh ditelan waktu.


Sebaik saja terpandang Zahil yang bersandar pada dinding hospital, Datuk Laila meluru ke arah lelaki itu. Zahil berdiri tegak sebaik saja Datuk Laila menghampirinya. Mak Jah dan Zarina mengikut dari belakang turut melajukan ayunan langkah mereka untuk menyaingi langkah Datuk Laila itu.
“Pang!” berbekas tapak tangan Datuk Laila pada pipi kiri Zahil. Perit penampar itu hingga ke dasar hati.
“Laila!” Mak Jah terkejut dengar tindakan Datuk Laila itu.
“Kau diam Jah. Aku nak ajar budak ni!” tegas Datuk Laila membuatkan lidah Mak Jah kelu. Datuk Laila kembali menikam wajah Zahil dengan penuh kebencian. “Hei! Kau memang nak bunuh anak aku kan?”
Zahil menggeleng lemah. Wajahnya redup membalas renungan amarah mama tirinya itu. “Ma, Zahil tak berniat pun…”
Belum habis bicara Zahil, Datuk Laila sudah memintas. “Kau dengan mak kau sama je. Tak habis-habis susahkan aku anak beranak. Kau dengar sini!” jari telunjuk Datuk Laila ditunding tepat ke hidung Zahil. “Kalau apa-apa berlaku pada anak aku, aku takkan lepaskan kau! Sampai ke liang lahad aku balas!” tengking Datuk Laila.
“Istighfar Laila. Ingat Allah, istighfar banyak-banyak. Tak elok buat perangai macam ni. Lebih baik kita doakan Zakuan selamat daripada marah-marah macam ni. Kau kena banyak bersabar,” Mak Jah tak dapat lagi berdiam diri. Datuk Laila sudah melampaui batas.
Datuk Laila ketap bibir kemudian merengus kasar. “Kau ni Jah, tak habis-habis dengan sabar. Macam mana aku nak bersabar lagi, budak ni nak bunuh anak aku!”
“Astaghfirullahalazim… Tak baik tuduh Zahil sampai macam tu sekali Laila.”
“Aku tak tuduh la, Jah. Terang tang-tang dia nak bunuh Zakuan! Kita sekarang ni dekat hospital, anak aku dekat dalam tu.” Jari Datuk Laila menunding ke arah pintu wad bedah yang tertutup rapat.
Kemudian Datuk Laila jatuhkan pandangan pada susuk tubuh Zahil. “Kau tengok dia ni, tak ada cedera sikit pun. Secalit calar pun tak ada! Memang dia rancang nak bunuh Zakuan!”
“Ya Allah, bawa mengucap Laila. Ni semua takdir Allah,” pangkas Mak Jah menyedarkan Datuk Laila.
Datuk Laila menjeling Mak Jah dengan perasaan geram. Tak guna dia bertikam lidah dengan temannya itu. Datuk Laila berpeluk tubuh membelakangkan Zahil.
Namun perasaan sakit hatinya semakin membuak. Bencinya nyata menggelegak. Lantas kebencian itu terlafaz di bibir. Datuk Laila mengherdik Zahil bagi melampiaskan rasa bencinya. “Heh! Dasar anak haram!”
“Ma!” Datuk Laila, Mak Jah dan Zahil berpaling ke arah suara Kamelia yang menerjah secara tiba-tiba. Kamelia sudah menapak menghampiri Datuk Laila dengan riak wajah yang tegang.
“Waktu begini pun, mama masih nak tunjukkan kebencian mama pada Zahil. Daripada mama mencaci-maki Zahil, lebih baik mama banyakkan doa dan baca yassin untuk Zakuan. Jangan kerana sikap mama, Tuhan susahkan usaha selamatkan Zakuan,” Kamelia menegur mamanya.
“Kau jangan kurang ajar Kamelia. Aku ni mama kau. Jangan kerana budak tak guna ni, kau jadi anak derhaka!” tengking Datuk Laila apabila Kamelia menegurnya di depan Zahil.
Sakit betul hati wanita itu apabila anak sulungnya ini sering membela Zahil. Dalam apa jua situasi, Kamelia akan lebih membela Zahil berbanding adik-beradik kandungnya yang lain. Malah Kamelia lebih akrab dengan Zahil berbanding Zakuan dan Zarina sejak kecil lagi. Mungkin juga kerana Kamelia lebih akrab dengan arwah suaminya, Kamarul Zamani.
“Mama ni, cakap apa pun dah tak guna. Mama dah butakan hati mama dengan dendam kesumat dan api kebencian sampaikan yang betul semuanya salah.”
“Sudah! Sudah! Kamelia, jangan bergaduh dengan mama kamu lagi. Tak elok kita bergocoh sedangkan Zakuan sedang bertarung nyawa dekat dalam sana.” Mak Jah bertindak menjadi orang tengah.
“Akak pun, tak payah la nak bela sangat Zahil tu. Sebabkan dia, akak dengan mama dah bergaduh,” sampuk Zarina yang sejak tadi diam saja menjadi pemerhati keadaan.
Kamelia berpaling memandang Zarina yang bersandar pada dinding. “Kau kan Zarina, jangan nak merepek.”
“Salah ke apa Zarina cakap? Dia ni selalu sangat jadi punca akak bergaduh dengan mama. Bukan ke orang yang selalu timbulkan permusuhan antara orang lain, tu namanya batu api! Kalau bukan batu api, apa lagi?” sindir Zarina dengan senyuman sinis dan kerlingan mata  yang dilemparkan pada Zahil.
Zahil tunduk memandang lantai. Kata-kata Zarina terpaksa ditelan walau sungguh pahit menusuk hati. Dia sudah cukup sedar akan kebencian keluarga Datuk Laila terhadapnya. Hanya Kamelia saja yang menjadi pembelanya selama ini. Benarkah dia batu api dalam keluarga itu?
“Yang namanya batu api tu kamu, Karisya Zarina!” tegas Kamelia dengan mata mencerlun tajam wajah sombong adik perempuan bongsunya.
Zarina ketawa kecil. “Akak ni memang pembelot keluarga sendiri. Sanggup hina adik kandung sebab anak haram ni,” mendatar saja bicara Zarina. Sengaja membakar amarah kakaknya.
“Hei! Tutup mulut biadab kau tu sebelum aku cili,” ternyata Kamelia terbakar oleh kata-kata adiknya.
Zarina senyum sinis. Kakaknya ini memang pantang diprovok. Dan dia gemar sekali memprovok Kamelia dengan kata-kata pedasnya pada Zahil. Cuma Zarina tidak puas hati dengan sifat tenang Zahil dalam menelan setiap kata nista dan sindirannya. Macam mengutuk batu saja. Kutuk la macam mana pun, keras begitu juga! Itulah Zahil Haris.
“Sudah la tu. Sabar Kamelia. Jangan marah-marah macam ni. Mak Jah risau tengok kamu semua bergaduh adik-beradik. Zakuan dalam tu entah macam mana nasibnya,” Mak Jah meluahkan rasa hatinya. Wanita itu jelas tidak tenang.
“Kamelia, dah la. Aku ok. Jangan gaduh dekat sini. Sekarang yang penting adalah keselamatan Zakuan,” Zahil bertindak menenangkan Kamelia. Serba salah dia apabila dirinya menjadi punca perbalahan ahli keluarga itu.
Zakuan akhirnya selamat. Datuk Laila sudah tenang mendengar berita itu. Anak lelaki tunggal yang bakal mewarisi legasi perniagaannya telah selamat. Namun Zakuan yang sudah berkeadaan stabil masih tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan kecil. Zahil juga memanjatkan kesyukuran. Serba salah dia apabila kecuaiannya memandu hampir saja meragut nyawa ahli keluarganya sendiri. Walaupun Zakuan hanya adik tiri yang tidak menganggapnya sebagai abang!


Diya baru saja tiba di butik ketika Kamelia mengajak pergi melawat adiknya yang baru saja sedar setelah kemalangan semalam. Diya terpaksa menjadi pemandu Kamelia kerana tayar kereta Kamelia pancit dalam perjalanan ke butik pagi tadi. Mereka singgah membeli sejambak bunga mawar putih sebelum menuju ke hospital.
Kamelia tidak bersuara sepanjang perjalanan. Maka itu Diya juga tidak bertanya panjang perihal adik Kamelia yang bakal mereka lawati. Lelaki ke perempuan tidak juga Diya tahu. Sememangnya Kamelia jarang bercerita tentang ahli keluarganya. Yang Diya tahu, ahli keluarga Kamelia hanya Zahil. Kamelia seakan kurang gemar bercerita tentang keluarga melainkan perihal Zahil.
Mereka berdua menapak menuju lif sebaik saja memasuki lobi hospital. Ketika menunggu masuk ke dalam lif, telefon Kamelia berdering. Kamelia tersenyum dan menyatakan pada Diya bahawa Zahil yang menelefonnya. Diya sekadar mencebik dan Kamelia ketawa. Kamelia berbual dengan Zahil dan Diya dapat mendengar perbualan antara mereka.
“Aku dekat hospital dah ni. Aku tak buka butik lagi. Aku bawa Diya sama,” maklum Kamelia pada Zahil.
Zahil yang mendengar kenyataan itu tergamam. “Kau… kau bawa Diya?” Zahil menyoal kembali. Bukan tidak dengar tetapi tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Ye la. Aku bawa Diya sebab aku minta Diya tolong bawa kereta. Kereta aku tayar pancit. Nak pinjam kereta Diya, aku tak pandai bawa manual,” jelas Kamelia lagi.
Zahil mati kata. Tanpa sepatah kata, Zahil tamatkan perbualan telefon. Dia yang juga sedang memandu menuju hospital segera menambah kelajuan pemanduannya.
Kamelia mengerutkan kening sebaik saja panggilan telefon mati tiba-tiba. Saat itu juga pintu lif terbuka dan kedua-duanya segera masuk ke dalam lif.
Keluar saja dari dalam lif, sekali lagi telefon bimbit Kamelia berdering. Kali ini bukan Zahil tetapi kenalannya. Kamelia menjawab panggilan telefon sambil berjalan mendahului Diya. Diya hanya membontoti langkah Kamelia sambil membawa jambangan bunga mawar putih dalam pelukannya. 
Tiba di satu simpang, Kamelia membelok sambil memasukkan telefon bimbit ke dalam tas tangan. Saat itu secara tidak sengaja dia berlanggar dengan seorang doktor lelaki yang secara kebetulan berjalan dari laluan bertentangan.
“Ya Allah, sorry… sorry,” berkali-kali doktor lelaki itu memohon maaf sambil mengutip telefon bimbit Kamelia yang jatuh atas lantai.
Sebaik saja menghulurkan telefon bimbit pada Kamelia, doktor itu tergamam seketika. Kamelia turut teruja tatkala mereka saling bersua muka.
“Danken!” Kamelia hampir saja terjerit.
Doktor lelaki itu ketawa kecil. “Kamelia, kecilnya dunia ini. Tak sangka jumpa kamu di sini.”
Diya hanya menjadi pemerhati babak pertemuan semula antara Kamelia dan Danken dengan senyuman nipis. Diya lihat Kamelia sangat gembira dapat bertemu dengan teman lamanya itu. Lalu dia memberi ruang untuk mereka berbual-bual melepaskan rasa teruja dan gembira dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka itu.
Diya meliarkan pandangan melihat persekitaran hospital swasta yang pertama kali dikunjunginya. Dia pastinya tidak berpeluang untuk dirawat dalam hospital swasta yang mahal seperti ini. Pastinya keluarga Kamelia adalah golongan berada. Tengok Kamelia dan Zahil juga dah boleh agak. Kedua-duanya nampak sentiasa bergaya. Dan Kamelia sentiasa tampak elegan.
Beberapa minit berlalu dan Kamelia nampaknya semakin rancak berbual dengan doktor bernama Danken itu. Seperti sudah terlupa pula tujuan asal mereka datang adalah untuk melawat adik Kamelia. Diya bosan hanya bersandar di dinding akhirnya berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Tiba-tiba pandangan mata Diya tertumpu pada susuk tubuh seorang pesakit yang sedang duduk atas kerusi di luar bilik wad. Tidak berkelip-kelip mata Diya yang sudah membulat itu. Degupan jantung terasa semakin kencang serentak dengan dada yang berdebar hebat. Seluruh tubuh Diya seakan kaku. Kaki Diya bagai terpasung. Terasa jemari dan bibir menggigil-gigil.  Jambangan bunga mawar dalam pegangan tangan kanan sudah dipeluk kejap.
“Zakuan…” nama itu bergema di segenap ruang hati. Diya genggam jemarinya yang menggigil umpama mengepal segala dendam yang bersarang dalam diri. Amarah dan benci membuak-buak mengocak perasaan.
Benar! Mata Diya tidak menipu. Lelaki di depannya itu adalah Zakuan. Diya sangat yakin dan pasti. Walaupun kepala lelaki itu berbalut kain putih, Diya masih dapat mengecamnya. Walau sudah begitu lama jarak masa tidak bersua muka, raut wajah Zakuan yang terus membayangi hidupnya membuatkan ingatan terhadap lelaki itu tidak pernah luput.
Masa seakan terhenti berputar saat Diya terpandang Zakuan yang duduk di atas kerusi di luar bilik wad. Diya terus terpaku dengan emosi yang berkocak dan Zakuan masih duduk dengan keadaan tertunduk memandang lantai hospital seperti sedang jauh mengelamun.
Diya tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Haruskah dia meluru ke arah Zakuan dan melunaskan segala dendamnya? Beberapa ketika kemudian, Kamelia sudah menamatkan perbualannya dan mula menapak mendapatkan Diya yang tercegat seperti patung di laluan kaki lima hospital.

13 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri kpd semua pembaca e-novel ISTERI AKU KALIS CINTA... ^_^!

    ReplyDelete
  2. makin curius la nak tahu...hehehe,,
    cpat2 smbong akak..
    best novel akak...
    kesian ZAHIL... ZAKUAN mati ka???
    heheheh..
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wany_azrie. zakuan mati ke x, kena tnggu next bab la.
      heheee...

      Delete
  3. Waaaaa best,,,,tetiba plak nk diya ngn zahil...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nursyafika. diya dgn zahil? klu ada jodoh x ke mana...
      heheee... ^__-"

      Delete
  4. terima kasih pd yg trs mengikuti e-novel IAKC.
    ^_^" insyallah, next bab akan cuba disiapkn segera.

    ReplyDelete
  5. salam dear..ada beberapa cara y sis boleh cadangkan..

    1. buat 1 tab pada page, then senaraikan semua chapter novel dalam tu..cthnya dekat tab "Tutorial", sis letak senarai semua entry berkaitan dengan tutorial..

    2. buat 1 entry, tulis tajuk novel. dalam entry tu, dear boleh letak senarai bab novel dan link kan setiap bab pada entrynye..kira kalau kat novel bahagian isi kandungan la..pastikan entry ni sentiasa berada pada post y plg atas..

    ni cadangan je..if xfaham boleh tanya..nak minta sis guide satu2 pon boleh.. :)

    ReplyDelete
  6. ala da cdera plak zakuan nie bru je zahil nk tw dtail ag..

    ReplyDelete
  7. Setuju!!! satu hari saya yakin blog nie pasti jadi terkenal...
    awak memang terbaik dalam idea dan penulisan... tahniah

    Feel free to visit my webpage :: Jubah Murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... trm ksh utk doa anda. ^_^"

      Delete

terima kasih kerana membaca karya Mawar Kamila ^_^!
komen anda amat dihargai.