ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)

ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.”

Terima Kasih kerana menjadi Follower ^_^"


PERHATIAN!
SELAMAT MEMBACA ^_^! TERIMA KASIH KERANA MELAWAT p/s:kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai... kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai...



Sunday, September 2, 2012

sinopsis : ISTERI AKU KALIS CINTA


Adelia Dayana mendidik hatinya agar kalis cinta kerana masa silam yang mencalit noda dalam sejarah hidupnya. Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Berkali-kali Diya cuba menolak hasrat Zahil tetapi lelaki itu tidak pernah kenal erti mengalah. 


“Saya dah agak awak akan reject perasaan saya. Kenapa saya boleh jatuh hati pada manusia berhati batu macam awak ni? Memang gila betul!” ..._ZAHIL HARIZ
“Awak dah tahu ia gilakan, jadi padamkan perasaan tu dengan segera. Habis cerita!”..._ADELIA DAYANA

Ternyata cinta Zahil terlalu utuh untuk Diya lari. Lantas kehadiran lelaki itu sebagai suami terpaksa Diya terima. 


“Mas kahwin saya bagi awak terima. Saya, awak tak nak terima pulak!”..._ZAHIL HARIZ

“Hei! Awak ingat saya hadap sangat dengan mas kahwin awak bagi tu? Awak boleh ambil balik la kalau nak sangat!"..._ADELIA DAYANA

Diya belajar menjadi isteri yang baik walau tanggungjawab sebagai isteri tidak sepenuhnya ditunaikan. Pada Zahil, cintanya tidak bersyarat. Dia setia menunggu sehingga cintanya berjaya menembusi hati Diya. Namun ada rahsia yang Zahil sembunyikan daripada pengetahuan Diya. Rahsia yang bakal  mencetus kebencian di hati Diya terhadap Zahil.

Saat cinta Zahil mula menyentuh hati Diya yang dingin, rahsia yang disimpan selama ini terbongkar jua.Ternyata jangkaan Zahil tepat sekali. Saat itu, kebencian Diya seakan tiada penghujungnya. Zahil benar-benar teruji dengan kebencian Diya terhadapnya. Bencinya Diya pada Zahil umpama tiada maaf lagi buat lelaki itu. 



“Awak tahu kenapa saya benci lelaki?” ...
“Sebab semua lelaki yang saya jumpa, semuanya manusia bertopengkan syaitan!” Diya telan air liur. Nafasnya turun naik, turun naik. “Dan… awak adalah lelaki yang bertopengkan bapak syaitan!” ..._ADELIA DAYANA

 “Jangan bongkak Diya. Cinta itu kurniaan Allah. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Andai suatu hari nanti Allah benihkan perasaan cinta dalam hati awak, saat itu awak akan menyesal disebalik tembok kebencian yang awak bina sendiri!” ..._ZAHIL HARIZ

Perkahwinan tanpa bertunjangkan cinta dan kepercayaan ternyata cukup mencabar. Bahtera perkahwinan mereka dibadai ujian silih berganti.
 
“Awak…” Diya tunding jari tepat ke muka Zahil. “Dengan adik awak tu sama saja. Kalau dah adik perogol, abang pulak penzina!” tengking Diya.

"Diya tak pernah cintakan aku. Tapi…tak ada syarat dalam cinta aku yang Diya perlu mencintai aku seandainya aku mencintai dia"..._ZAHIL HARIZ
 
 Zahil menyintai sedangkan Diya penuh dengan api benci. Mampukah Zahil memiliki sekeping hati Diya? 

p/s: harap ISTERI AKU KALIS CINTA tak mengecewakan pembaca semua. tq utk komen dan sokongan semua.






6 comments:

  1. best....bila kuar dalam versi cetak??

    nadya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nadya. x sure lg bila akan keluar dlm versi cetak.
      manuskrip msh blum cyap sepenuhnya.
      insyallah, akan diusahakn hngga cyap secpt yg t'daya.

      Delete
  2. salam aalaiki sis....klau dh kluar bgtawu yer...publisher mner skali...xsabar... keep it up ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah... mawar akan maklumkan jika rzki tu ada. ^_^
      trm ksh ye, Ana_mIrDzA krn menyokong IAKC.

      Delete
  3. KAK MAWAR I SUKA SANGAT SINOPSIS isteri aku kalis cinta....jalan ceritanya mengujakan...suspens pun ader....

    ~plz do inform bila keluar dalam versi cetakan...x sabo2 utk mendapatkannya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq utk sokongan lavania. akak akn cuba cyapkn dgn segera. t klu dh ada rzki utk diterbitkn, akak akn mklumkn dkt blog ni. hppy bila reader sume suka. x la syok sdr je menulis. x gtu? heheee ^_^!

      Delete

terima kasih kerana membaca karya Mawar Kamila ^_^!
komen anda amat dihargai.