Anak sulung Mawar Kamila ini berada dalam list terbitan pada penghujung bulan MAC 2014.
Terbitan LOVE NOVEL PUBLICATION
Cover novel belum siap lagi. Dah siap nanti Mawar update. ^_^"
Petikan daripada novel...
BAB 31
“Hem… pasangan bahagia ni dah tak lama lagi nak timang cahaya mata nampak,” usik Nur sambil mata memandang perut Maira yang nampak sedikit membesar tanda sudah berisi.
“Alhamdulillah, rezeki Allah. Berkat sokongan kalian
juga,” ucap Maira dengan senyuman tak lekang di bibir.
“Aku gembira tengok kau berdua dah berbaik semula.
Aku doakan kau terus berbahagia,” suara Diya senang hati.
Maira usap lembut bahu Diya. Maira memahami perasaan
Diya yang sangat mengambil berat tentang dirinya. Malah Diya juga telah banyak
memberi semangat kepada dirinya untuk tabah menerima takdir kehidupan
bermadunya.
“Aku pun nak doakan kau juga. Aku doakan kau dapat
rezeki macam aku ni cepat-cepat. Zahil mesti happy,” ucap Maira ikhlas.
Diya senyum tawar. Mengandung? Mungkinkah dia dapat
merasai pengalaman itu untuk kali kedua? Mengingatkan perihal itu, Diya
terkenangkan peristiwa dia mengalami keguguran kandungan yang menjadi lipatan
hitam dalam sejarah hidupnya. Dapatkah dia mengandung lagi? Bersediakah dia?
BAB 32
“Awak jangan buat macam tu lagi. Kalau ditakdirkan kematian, biar saya yang pergi dulu. Saya tak berani, saya takut kehilangan awak. Malah untuk meninggalkan awak juga sangat menakutkan...” suara Zahil bernada lemah. Bergetar suaranya menahan sebak di dada.
Entah mengapa Zahil gagal mengawal emosi. Melihat Diya hampir kemalangan di depan mata sendiri sungguh menakutkan Zahil
********************************
“Zahil…” sekali lagi Diya memeluk erat tubuh Zahil.
Seakan tidak mahu lagi pelukan itu dileraikan.
Zahil teragak-agak untuk membalas pelukan isterinya.
Tingkah Diya terlalu ganjil. Sangat pelik!
“Diya, kenapa ni?”
“Saya fikir awak dah pergi tinggalkan saya. Awak
pergi mana? Saya cari awak…” luah Diya tanpa meleraikan pautan tangan yang
melingkari tubuh Zahil. Ada sebak dalam suaranya yang bergetar.
BAB 33
Saat dan ketika ini, Zahil mahu menjerit pada satu
dunia… ‘Isteri aku kalis cinta! Tidak pada cintaku!’ Namun begitu, suara itu
ditelan semula. Pahit! Mungkin itu satu angan-angan. Zahil harus mengakui yang
dia beristerikan si patung Liberty yang kaku dan berhati
sedingin ais di kutup utara.
*********************
“Zahil, sampai bila kita nak terpacak dekat sini
macam hero dan heroin filem Titanic?”
*************************
“Zahil, boleh tak kalau saya duduk?” soal Diya lagi.
“Awak dah duduk dalam
hati saya,”jawab Zahil lirih.
************************
NANTIKAN ISTERI AKU KALIS DI PASARAN. BOLEH JUGA ORDER SECARA ONLINE DI WEBSITE LOVE NOVEL ENTERPRISE BILA ORDER DIBUKA NANTI. ^__^"
Alhamdulillah......terbit jgk jdi novel....nnt jgn lupe inform bile order dah bukak....
ReplyDeleteTahniah!!
This comment has been removed by the author.
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih. Insya-ALLAH, mawar akan informkan bila order dah buka. ^_^"
DeleteSekarang open order scra website lagi ke?
ReplyDelete