ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)

ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.”

Terima Kasih kerana menjadi Follower ^_^"


PERHATIAN!
SELAMAT MEMBACA ^_^! TERIMA KASIH KERANA MELAWAT p/s:kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai... kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai...



Tuesday, May 13, 2014

UNTUK ORDER NOVEL IAKC

Assalamualaikum.
Ada yang nak beli IAKC tapi tak jumpa di kedai? Boleh terus order dengan Mawar Kamila. Stok tak banyak dah. Siapa cepat dia dapat! ^_^"
Gift untuk PBAKL 2014 yang lalu masih bersisa, jadi Mawar Kamila berikan pada yang order untuk kali ini. :)
Untuk order, boleh pm Page Mawar Kamila (klik) atau terus pm fb Mawar Kamila (klik).
Novel IAKC berharga RM25 di pasaran. Kos penghantaran pula RM6 SM/ RM9 SS.
Untuk order, boleh pm NAMA, ALAMAT, NO.TEL dan admin page akan reply cara2/proses pembayaran buku. Admin page yang uruskan order adalah kakak Mawar Kamila ye. :)


  
cover depan novel IAKC... 






Alhamdulillah, penerimaan pembaca terhadap IAKC sanggat memberansangkan. Dealer dari Singapura pm Mawar Kamila cakap IAKC habis terjual. ^_^"
Apa lagi? Jangan ragu-ragu untuk dapatkan IAKC yep! TERIMA KASIH atas sokongan anda semua. Doakan Mawar Kamila terus sukses berkarya. ^_^"



Sunday, May 4, 2014

PBAKL 2014_ hari terakhir ^_^"

video

Assalamualaikum. Sekadar suka-suka. video promo IAKC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berakhir hari ini, 4 MEI 2014. Terima kasih kepada semua pembaca yang bertandang ke booth LNP untuk mendapatkan novel IAKC seterusnya bertemu mesra dengan Mawar Kamila. Moga anda terus terhibur membaca IAKC. ;)


Monday, April 28, 2014

PBAKL pertama MAWAR KAMILA

Assalamualaikum... apa khabar semua? ^_^"
PBAKL 2014 merupakan pesta buku pertama di mana Mawar Kamila akan datang sebagai novelis. Bakal duduk di meja depan booth dan menanti anda-anda semua yang berkesudian datang berkunjung untuk mendapatkan tanda tangan Mawar Kamila. :) Terima kasih atas support anda semua, Mawar Kamila menapak selangkah ke hadapan. Doakan IG menyusuli IAKC yep!

Pada rakan-rakan pembaca yang free pada 4 MEI 2014, jemput ke booth Love Novel Publication di J32&33 (berdepan dengan booth PTS dan Ana Muslim). Mawar Kamila menanti anda dari jam 11.30 pagi sehingga 1 petang. Mawar Kamila juga sudah sediakan special gift untuk anda. Magnetic card IAKC sempena PBAKL.


Magnetic card ni Mawar Kamila design sendiri tau. Special untuk anda! anda! anda!!! ^_^"

DATANG JANGAN TAK DATANG! 


Jumpa di sana! ^_^"


Tuesday, April 1, 2014

REVIEW pertama IAKC...

Assalamualaikum...
Terima kasih kepada Kak Syania AnnyLyza atas review beliau. ^_^" penuh emosi sekali... hahahaaa...
Apa kata beliau?




Terima kasih sekali lagi pada Kak Syania AnnLyza...

Sunday, March 30, 2014

Majlis Sambutan Ulangtahun LNP dan Sesi Tanda Tangan IAKC

Assalamualaikum. Tak sempat nak menulis panjang. Biar la gambar yang berbicara. ;)
Sudahkah anda mendapatkan IAKC di pasaran? Selamat membaca dan moga terhibur. 
Sebarang kriktikan pembaca yang bijak dan pandangan bernas amat dialu-alukan. Boleh pm fb Mawar Kamila atau emailkan ke mawarkamila@yahoo.com.my
Nak review novel pun dialu-alukan dengan senang hati. Terima kasih kepada semua pembaca yang banyak menyokong karya penulisan Mawar Kamila. Moga anda terus dirahmati Allah. Amin...
Doakan kejayaan Mawar Kamila ye... ^_^"


bersama pembaca dan 2 penulis senior yang matang dan muda. anda pasti kenal mereka kan?


sebelah kanan yang bulat tu... badge magnet IAKC ^_^"

kaki-kaki novel yang memeriahkan pejabat LNP ^_^" mereka the best lah!
depan sekali tu akak Nor Azlin. Puan editor kesayangan yang telah mencantikkan muka surat IAKC! terima kasih akak2 semua... ^_^"
happy birthday LNP ^_^" di sini... imaginasiku direalisasikan...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA IAKC! May ALLAH bless u all. Amin...


Thursday, March 27, 2014

Video PROMO ISTERI AKU KALIS CINTA

Jom tengok video promo IAKC... ^_^" lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian Afgan. ^_^"


video


ISTERI AKU KASLI CINTA!!! Kedai Buku?

Assalamualaikum...
Huhuuu... sesuatu yang mengundang jeles bila writer tak sempat pegang pun lagi buku sendiri!  ^_^"
IAKC dah berada di pasaran. Seorang rakan fb dah upload picture IAKC di sebuah kedai buku di jalan TAR. ^_^" Siapa dah terjah IAKC dulu sebelum Mawar Kamila? ^_^"






Monday, March 24, 2014

GIFT IAKC yang KO~~RE~~YA~~

Sejak akhir ini, blog Tinta Mawar Kamila terabai. huhuuu...
Buat pembaca IAKC yang berminat untuk beli IAKC dengan Mawar Kamila, boleh pm Page_Mawar Kamila.

Ada free gift Ko~~re~~ya~~ menanti anda! ^_^" Zahil&Diya



Saturday, March 15, 2014

ORDER IAKC


PENGUMUMAN
Assalammualaikum...

Kepada sesiapa yang nak order ISTERI AKU KALIS CINTA bertanda tangan Mawar Kamila , bolehlah pm Page Mawar_Kamila (hanya di Page-Mawar Kamila saja)
Order adalah TERHAD!

1) Harga novel IAKC : RM25 TAK TERMASUK KOS POS (RM7 semenanjung / RM9 Sabah Sarawak)

2) PM order di Page_Mawar Kamila sebaik saja TARIKH ORDER dimaklumkan.

4) Detail yang diperlukan :
a) Bukti Bayaran
b) Nama Penuh
c) Alamat.
d) Nombor Telefon
5) Gift : Tanda tangan penulis + magnetic card IAKC.

Terima Kasih. MOhon bersabar selepas membuat order. 

 


Friday, March 14, 2014

ISTERI AKU KALIS CINTA TERBITAN MAC 2014


COVER ISTERI AKU KALIS CINTA


Sinopsis Belakang Isteri Aku Kalis Cinta

Novel keluaran Mac 2014
Tajuk: Isteri Aku Kalis Cinta
penulis : Mawar Kamila

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak.
Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.
Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!

Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup
rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak
kepada Diya untuk membuat pilihan.
Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?

‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam
dan penantian.

*Order masih belum dibuka lagi. Pihak penerbit LNP akan beritahu kelak. ^_^"



Wednesday, March 5, 2014

Apa kata mereka? IAKC MAC 2014!!!

Mawar Kamila berdebar-debar menanti terbitnya IAKC. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pembaca yang menyokong karya IAKC ini.
Mawar nak kongsikan maklumbalas daripada pembaca-pembaca IAKC yang diambil dari facebook.
^_^" Apa kata mereka selepas membaca IAKC?

IAKC masuk dalam mimpi Puan Editor!


Apa kata pembaca?



Mawar diUGUT dengan cubitan 360 darjah! ^_^"


^_^" Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca IAKC sama ada di blog TMK mahupun di p2u...

Tuesday, February 25, 2014

CERPEN ROMAN CINTA

Terima kasih pada yang sudi membaca karya cerpen ROMAN CINTA. Mawar tak tahu nak kata apa, ada idea tulis saja. Maaf atas kekurangan yang ada pada cerpen pertama sejak sekian lama... Tak tahu juga nak letak judul apa. Tup tup kuar lagu Roman Cinta! Edit sikit dan ROMAN CINTA la tajuknya... ^_^"  Tak sempat edit sangat sebab nak pergi kelas dah. Sebarang cacat cela mohon maaf ye.




Oleh: MAWAR KAMILA
Cliché je! Semua cerita sama saja. Kahwin paksa! Kahwin paksa!” ngomel Zufa sebaik saja menutup kasar novel yang tak sampai lima minit ditatapnya. Wajah menzahirkan ketidakpuasan hati.
Ngomelannya bersambung dari ruang tamu hingga ke dapur. Gerak tangan menyiapkan hidangan minum petang selincah bebelan di bibir.
“Kenapa semua cerita nak kahwin paksa? Mengapa semua perkahwinan nak paksa-paksa? Kalau tak paksa tak boleh ke? Suka… kahwin. Tak suka tak payah kahwin!” Ternyata karya yang baru saja dibacanya begitu kuat menghayun emosi Zufa. Bukan hanya membuai saja. Hayuh terus!
Naim menyimpul senyum sebaik saja melangkaui pintu dapur. Tangan mencapai sekeping biskut buatan tangan isterinya. Untung dia kerana mendapat isteri yang rajin membuat biskut untuk hidangan minum petang. Tak payah tunggu hari raya.
“Dah namanya paksa, suka tak suka… kena kahwin juga!” balas Naim sambil mulut mengunyah biskut nestum cheese yang rangup. Terbaik dari oven!
“Dah tak ada idea lain ke nak tulis? Macam la kahwin paksa tu wujud sangat dalam dunia ni.” Mulut wanita itu terus mengkritik. Selaku pembaca, dia rasa berhak mengutarakan pandangannya. Yang diharapkan adalah karya yang lebih kreatif dan hijau.
Naim tersengih saja. Lelaki itu berkira-kira dalam hati. Karya cinta apa yang tak klise? Cinta antara dua darjat? Klise yang wujud dalam mana-mana karya cinta tak kira latar belakang bangsa atau budaya. Malah dongeng Puteri Duyung juga memaparkan cinta dua darjat. Kreatifnya apabila dihikayatkan kisah cinta dua darjat itu melibatkan manusia dan makhluk mistik di lautan biru.
Percintaan si kaya dan miskin? Filem Antara Dua Darjat! Pastinya kisah cinta perbezaan dua darjat kerana terang lagi bersuluh judulnya juga sama. Namun ternyata beza itu pada kreativiti pengkarya. Penulis berkarya dari pengamatan dan imaginasi mereka. Penulis juga golongan yang hidup dalam kelompok komuniti makanya apa yang ditulis berlingkar dalam kehidupan masyarakat sekeliling. Pena menceritakan bahasa mata mereka.
Sudah trendnya begitu barangkali. Kahwin paksa? Tak mustahil istilah itu wujud sejak zaman dulu tetapi lazimnya anak-anak muda zaman dulu akur saja pada kehendak ibu bapa. Andai ada cinta tersembunyi di dalam hati, dibuang jauh menjelang hari diikat dengan cinta yang ditakdirkan.
Zaman telah berubah. Dunia kini lebih terbuka. Pemikiran masyarakat sudah melangkaui zaman mengikut telunjuk. Anak-anak sekarang sudah yakin membuat pilihan sendiri. Yang baik bertoleransi dan yang degil… kahwin lari? Naim geleng perlahan. Walau apa jua istilah perkahwinan itu, restu ibu bapa adalah nilai yang cukup berharga.
Timbul pula idea hendak mengusik Zufa.
“Awak lupa ke? Awak dulu pun kahwin paksa juga. Tak ingat bila papa awak paksa kahwin dengan saya?”
Zufa merenung Naim dengan kerut di dahi. Naim berdehem sebelum menyilang tangan dengan lagak bos besar.
“Kalau Zufa tak ikut kehendak papa ni… seluruh harta papa akan diwariskan pada rumah kebajikan anak-anak yatim. Walaupun Zufa selaku waris tunggal, Zufa tidak akan dapat walau sesen pun!” ajuk Naim dengan nada suara yang sengaja dibunyikan lebih parau.
“Lepas tu mummy Zufa kata…”  Kemudian teletah Naim berubah pula seperti gelagat orang sakit tahap nazak.
“Wahai anakku… ikut la wasiat papa tu. Mummy ni pun dah tua... Huk! Huk! Huk!” Naim ajuk aksi batuk yang terlebih action. “Entah esok lusa sempat ke tidak mummy ni tengok anak kesayangan mummy naik pelamin…”
Zufa jadi geram melihat aksi gering yang dilakonkan suaminya. Jarinya cuba menyepit lengan Naim tetapi lelaki itu bijak mengelak.
“Eee… awak tak payah nak jadi pelakon drama dekat sini. Papa… mummy… Cik abang oi, bini awak ni dah jadi anak yatim piatu sejak usia lapan tahun! Tak payah nak buat cerita dekat sini. Bajet kahwin anak jutawan je…” Zufa hadiahkan jelingan tajam.
“Eh! Ye ke? Ingatkan saya kahwin dengan anak Tengku mana tadi…” seloroh Naim.
“Tak payah Tengku… Tengku sangat. Nanti dapat luku!” seloroh Zufa pula.
“Mak ai, garang betul. Anak tiri Nyonya Mansor ke ni?” Naim belum alah mengusik.
“Dah la bang oi. Tak payah buat loyar buruk dekat sini. Masa bila pula Nyonya Mansor ada anak tiri? Kalau tak, dah lama dia kahwin dengan Kassim Selamat untuk gantikan tempat si Sabariah yang curang pergi kahwin dengan Doktor Ismadi tu,” balas Zufa sambil bercekak pinggang.
“Wah! Ingat rupanya…” Naim buat rupa takjub.
Dia yang gemar mengulang tonton cerita-cerita Melayu lama itu sering dibebel Zufa. Nampaknya Zufa sudah menghafal semua jalan cerita setiap filem yang ditontonnya. Benar seperti yang dibebelkan wanita itu saban hari. Zufa tak pernah menonton cerita-cerita begitu kerana sememangnya tidak minat menonton drama mahupun filem.
Naim selalu mengusik Zufa si ulat buku bawah batu yang ketinggalan teknologi. Malah sering bercanda kononnya Zufa obsess pada kertas. Dunia telah maju dengan aktiviti menaip menggunakan laptop, Zufa masih menulis tangan. Tulisan klasik yang cukup kemas dan teratur. Memikat setiap mata menatapnya. Balas Zufa, selagi tangannya belum tercabut, selagi itu dia akan terus menulis tangan!
Sememangnya mereka kontra dalam dua hal tersebut. Naim mengagumi karya seni di layar skrin walau dia bukan anak seni sedang Zufa mencintai huruf-huruf di atas kertas walau dia bukan seorang penulis. Ya, seorang penonton setia dan seorang pula pembaca yang tekun.
Zufa terus menyimpul senyum. Apa boleh buat, mereka hidup sebumbung. Lama-kelamaan, kecintaan suaminya akan subur dalam diri. Jadi sebati.
*******************
“Ibu, senyum sorang-sorang ni ada apa-apa ke?” sapa Aqib sambil mengusap bahu ibu tersayang.
Zufa tersedar dari lamunan yang panjang. Dikawal lagaknya agar perlakuan itu tak begitu jelas ketara.
“Ish, mana ada!” Mulut pula menafikan.
Bibir Aqib menyungging senyum. Faham benar dengan elat si ibu. Sempat dikerling televisyen yang memaparkan adegan terakhir dalam filem lama Ibu Mertuaku yang diterbitkan pada tahun 1962. Filem yang cukup sinonim dengan watak Nyonya Mansor. Watak hebat itu lakonan Mak Dara yang juga seorang penyanyi lagu Melayu mashyur sekitar tahun 1940-an.
“Ye la, orang tengok ending cerita Ibu Mertuaku semua berhujan air mata. Pelik pula ibu boleh tersengih-sengih.”
“Errr…” Zufa garu kepala yang penghiasnya sudah banyak bertukar warna putih.
“Hari-hari tengok cerita yang sama, ibu tak bosan ke?” Aqib menyambung lagi. Namun jawapan itu sudah boleh dihafal. Sengaja dia hendak mengulang dengar jawapan itu.
“Karya-karya lama ni mana ada bosan. Malar segar, tahu? Nak-nak lagi karya-karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Seni beliau dari hati. Sarat dengan nasihat dalam sindiran dan terus-terang. Padanya, seni bukan untuk duit tetapi untuk masyarakat. Itulah harga setiap karya-karya beliau yang tenggelam dalam karya hari ini.”
Aqib terus mengukir senyuman. Telinganya tak betah andai sehari tak mendengar ayat-ayat itu keluar dari mulut ibu. Malah Aqib tahu dari mana kata-kata itu dipinjam. Pada Aqib, ibu juga punya sesuatu seperti karya P.Ramlee. Cinta ibu yang malar segar…
**************************
“Apa yang dingomel sejak tadi? Awak tak jumpa-jumpa ‘noktah’ lagi ke?” usik Naim sambil mengemaskan pautan pada bakul barang-barang basah yang baru berpindah ke tangannya.
“Awak tahu, ikan yang dijual di pasar tu semua tak segar. Mata dah merah dan tenggelam. Sisik pun kusam dan tertanggal-tanggal. Perut ikan lembik... Macam mana saya nak pilih? Terpaksa beli ayam saja. Tak dapat saya nak masak ikan tiga rasa untuk tengah hari ini.” luah Zufa dengan memek muka masam.
Naim ketawa kecil sedang hatinya bersimpati. Tahu bahawa isterinya mengidam benar nak makan ikan masak tiga rasa. Sengaja tawa itu dicipta agar hati isterinya tidak terus dibuai kecewa.
“Hem, tak apa. Demi kekasih pujaan hati beta, sanggup beta meredah lautan biru nan luas untuk mendapatkan seekor ikan yang segar-bugar. Petang in juga beta turun membawa raja joran. Kelak dapat la tuan permaisuri sediakan santapan ikan masak tiga rasa yang diidam-idamkan. Ok sayang?” Naim membuat janji.
“Betul ni?” Sinar memancar di wajah si isteri. Hati yang kecewa mengembang ceria.
“Mesti la betul. Takkan beta nak buat auta. Demi kekasih beta yang di depan mata dan yang dalam perut tu, beta sanggup berbuat apa saja.” Naim menunjukkan kesungguhan.
“Terima kasih abang,” ucap Zufa penuh terharu.
Naim sennag sekali melihat sinar ceria kembali memancar di wajah isteri. Wajah penyejuk mata dan senyuman itu penenang di hati. Bukankah isteri seharusnya menjadi penyeri begitu di mata seorang suami? Zufa melengkapi kedua-duanya di mata Naim.
“Kasihmu ku terima dan ku bawa hingga ke hujung nyawa, sayang…” ucap Naim bernada lirih.
“Amboi!” Zufa menegrling manja.
“Ok sayang. Jangan membebel panjang. Nanti keturun pada baby, bahaya,” canda Naim sambil menguis hidung si isteri.
Mendengarnya membuatkan Zufa mencebik. “Ye la. Minta maaf. Nak buat macam mana, sejak mengandung ni saya jadi kuat berleter.” Bunyinya semacam berjauh hati.
“Dan sejak awak kuat berleter la sayang makin sayang. Tahu?” Pandai pula Naim menghias kata. Tak mahu isterinya merajuk lama. Orang berbadan dua jangan dibiar makan hati. Sudah la membawa beban yang memboyot, kasihan sungguh jika turut menanggung beban perasaan.
“Ye ke? Kata orang, lelaki tak suka perempuan kuat berleter,” duga Zufa.
“Sebab isteri saya tak berleter macam isteri orang lain,” balas Naim dengan senyum simpul yang sukar ditafsir maksudnya oleh Zufa.
“Apa yang beza?”
“Isteri saya ni, bila berleter makin seksi macam arwah mak saya bila membebel,” jawab Naim.
“Ish, abang ni! Tak habis-habis mainkan Zufa.” Terus Zufa hadiahkan pinggang Naim dengan cubitan manja. Merah wajahnya disakat begitu. Bebelan yang seksi? Bibir Zufa memuncung.
Naim mengekek ketawa. Melihat muncung bibir Zufa, ketawanya makin payah untuk reda.
“Betul apa. Muncung itik tu pun dah sama…” Naim terus ketawa dan perlahan-lahan Zufa meleret senyum menahan lucu.
********************
Aqib hampiri ibunya yang duduk berehat di bawah pondok kayu beratap nipah. Laman yang dipenuhi pepohon bunga yang ditanam sejak beberapa tahu lalu mendamaikan pandangan.
“Ibu, Aqib kenalkan kawan Aqib. Namanya Siti. Siti, ini la ibu Aqib.” Aqib memandang ibu dan Siti silih berganti.
“Assalamualaikum, mak cik.” Siti menghulur tangan dan jemarinya bertaut kemas dengan Zufa. Dia angkat muka saat Zufa menjawab salamnya.
“Wajah mak cik nampak lebih muda daripada apa yang Siti bayangkan. Malah mak cik sungguh ceria dan sihat,” puji Siti bersama kuntuman senyum yang ikhlas.
Zufa ketawa kecil. Hatinya terpaut sebagaimana anak terunanya.
“Bijak Aqib cari calon isteri. Pandai ambil hati orang tua. Cantik rupa pekerti secantik tuan diri,” puji Zufa sambil mengerling pada Aqib.
Aqib ketawa kecil. Senang hati apabila ibunya berkenan pada Siti. Cahaya restu sudah menyinari hubungan mereka. Malah ibu bapa Siti yang sudah lama sedia maklum akan hajat mereka berumah tangga menerima dirinya dengan baik.
 “Ibu jangan puji sangat. Siti ni memang pandai ambil hati,” sengaja Aqib hendak mengusik Siti.
“Sama macam ayah kau, Naim,” balas Zufa dengan tenang. Cerianya sedikit meredup.
Aqib mengulum senyum tipis. Sekilas dia memandang Siti. Kisah keluarganya sudah lama dikongsi bersama-sama Siti. Aqib tahu Siti merasakan sayu perasaan yang sama sepertinya.
“Siti pun peminat karya-karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Kalau ibu nak tahu, Siti ni klon suara Saloma,” seloroh Aqib. Sedaya mungkin cuba mengubah suasana yang bimbang berubah mendung.
“Memandai je awak ni. Telinga awak je yang dengar suara saya ni macam suara Saloma,” celoteh Siti pula.
Zufa tergeleng dalam senyuman melihat kemesraan pasangan itu dalam bercanda. Sama seperti dia dan Naim.
“Begitu la bila hati dah sayang. Suara pecah mikrofon pun mendayu-dayu bak buluh perindu,” bisik Zufa namun dapat didengari kedua-dua anak muda itu. Mereka tunduk tersipu-sipu malu.
Zufa melontar pandangan pada rimbunan pohon buluh Jepun di penjuru taman. Wajah Zufa kian meredup. “Tapi jangan bila dah kahwin nanti, buluh jadi sembilu…”
***********************
Zufa lemah ditampar kenyataan. Hatinya tak kuat menerima.
“Abang, kenapa tinggalkan Zufa?” rintih Zufa dengan hujan air mata yang tak pernah kering.
“Abang, kenapa abang tak balik rumah?” jerit Zufa melontarkan bentakan dari segenap ruang jiwa. Jemari Zufa mencengkam dada.
“Abang dah menyampah dengan Zufa ke? Abang bosan dengar Zufa ngomel? Zufa janji… Zufa tak kuat berleter lagi. Zufa diam kalau abang tak suka Zufa buka mulut. Zufa tak buat abang letih telinga. Zufa tak buat abang hilang sabar. Zufa janji bang… Zufa janji… Tapi jangan buat Zufa begini…” Tubuh longlai itu melorot jatuh dan sempat berpaut pada sofa.
Perlahan-lahan tapak tangan menyentuh perut yang kian membesar. Diusap lembut dalam irama sendu.
“Abang, ampunkan Zufa… Zufa rayu pada abang, kembali pada Zufa. Jangan biarkan Zufa begini, bang… Zufa janji akan ajdi isteri yang baik,” tangisnya terus berlagu sambil kepala terlentok pada sofa. Masa depan tampak kelam tanpa Naim di sisi.
*************************
Usai saja majlis, Zufa membawa diri ke dalam kamar. Beban perasaan yang sarat di dada tak daya dilawan. Wanita itu menangis sendirian. Tak mahu diperlihatkan air mata pada si anak serta menantu. Dia menahan gelojak rasa sepanjang majlis perkahwinan anak tunggalnya. Mujur saja majlisnya sederhana saja.
Tiba-tiba saja daun pintu yang tak berkunci diselak dari luar dan Aqib muncul dengan loret senyum menghias wajah yang masih gah dengan seri pengantin.
“Ibu… menangis bahagia atau mengenang duka?” sapa Aqib seraya mengusap titis jernih yang membasah pipi tua yang bergaris kedut.
“Ibu gembira melihat kau bahagia, sayang,” balas Zufa sambil meloret senyum nipis.
Hari ini hari bersejarah dalam hidup Aqib. Hari ini dia menggalas tanggungjawab baru sebagai seorang suami kepada Siti. Amanah yang bakal dipikul seimbang dengan tanggungjawab sebagai seorang anak.
“Jangan dialirkan air mata sederas ini untuk kebahagian Aqib. Aqib akan bimbang, berapa banyak air mata ibu yang akan tumpah untuk sebuah duka,” ujar Aqib disusuli satu kucupan ke pipi dan dahi ibunya.
“Aqib anak ibu yang soleh. Aqib tak pernah mencipta duka di hati ibu. Tangisan ibu sentiasa mengiring bahagia atas kedewasaan anak ibu.” Zufa mengucup ubun-ubun anaknya sambil membisikkan doa kesejahteraan dalam hati. ‘Ya Allah, anak ini anakku. Aku redha hidupnya di dunia maka kau redhai syurga buatnya.’
Aqib tak mampu menahan sebak. Didakap si ibu dalam pelukan yang erat. Cinta kasihnya merentang luas. Ibu ini melahirkan dirinya ke dunia dengan penuh perih. Si ibu yang yatim ini berjuang di atas katil hospital tanpa suami di sisi. Peluh ibu tak pernah kering untuk mengisi poket sekolahnya. Tangan ibu tak pernah berhenti berusaha untuk menyuap rezeki ke mulutnya. Ibu memberi pendidikan dunia dan akhiran sehabis daya dan sempurna mampu dalam membesarkan anak tunggalnya ini.
“Terima kasih ibu. Doakan Aqib dapat terus menjadi anak ibu yang soleh dan suami yang baik kepada Siti. Aqib sentiasa doakan kebaikan untuk ibu.” Air mata Aqib mengalir di pipi. Jika tadi dia mengusap air mata si ibu, kini jemari tua itu menyapu air mata di pipinya pula.
“Doakan ayahmu juga Aqib.” Aqib menatap lama ke dalam mata Zufa. “Aqib tak pernah lupa, ibu.”
Zufa mengulum senyum kelat. Suatu ketika dahulu dia dan Naim pernah mengimpikan detik hari ini. Saat ketika mereka sama-sama melewati usia senja dan melihat anak mereka berinai merah di jari. Sesungguhnya manusia merancang dengan angan-angan nan indah. Namun takdir itu rahsia Allah. Hikmahnya pasti tersingkap jua.
 “Ayahmu pasti berbangga dengan anaknya…” lirih Zufa.
Aqib diam sejenak. Meraih kekuatan untuk menghapuskan segala duka sejak sekian lama.
Lalu Aqib memulakan mukadimahnya. “Ibu… ayah juga pasti damai andai ibu hidup dengan tenteram tanpa menyalahkan diri.”
“Aqib…” Zufa terkedu.
“Selama ini ibu tabah membesarkan Aqib. Pada Aqib, ibu seorang serikandi yang menongkah rintangan dengan cekal. Sudah lama ibu penjarakan rasa bersalah itu. Dulu mungkin Aqib masih belum mengerti tapi sekarang Aqib sudah matang. Aqib tahu membaca bahasa hati dari pandangan mata ibu. Aqib tahu ibu tak sanggup melepaskan ayah,” Aqib menuturkan satu-persatu dengan tenang.
Bibir Zufa bergerak-gerak tanpa terluah sebutir kata. Jiwanya bergetar. Sekali lagi linangan air mata melatari situasi.
“Ibu, cinta akan sentiasa memiliki walau cinta itu tak ada lagi di sisi. Ayah sentiasa ada dalam hati dan ingatan Aqib sebagaimana dia ada dalam cinta ibu. Jadi… ibu mesti membebaskan diri dari penjara rasa bersalah ini,” pujuk Aqib.
Zufa tunduk menekup mulut. Rentak sendunya kian rancak seterusnya mencipta henjutan bahu. “Ayah pasti menyalahkan ibu…”
Aqib geleng walau gelengan itu tak dilihat si ibu yang menunduk. “Ibu yang menyalahkan diri sendiri. Tak ada sesiapa yang menyalahkan ibu. Itu suratan takdir Allah. Nyawa manusia milik DIA yang hanya dipinjamkan pada kita untuk satu tempoh masa. Tiba masanya, nyawa ini kembali pada TUAN nya.”
“Kalau ayah tak salahkan ibu, ayah tak akan tinggalkan ibu!” gumam Zufa.
Fikirannya membayangkan detik-detik pemergian Naim. Pasti Naim mengharungi derita kerana dirinya. Sikapnya menyusahkan Naim! Kehendaknya mengorbankan Naim! Salah dia yang mahukan itu ini. Sedangkan isteri yang baik itu tak banyak meminta. Andai saja dia tak mengidamkan ikan segar dari lautan biru, pasti Naim berada di sisinya hari ini. Nyawa suami tercinta tak akan diragut ombak besar.
Aqib tergeleng perlahan. Dia mahu ibunya mengerti. Selama ini ibu hidup dalam mahkamah yang dicipta sendiri. Ibu menghukum diri atas kesalahan yang bukan dosanya. Silap ibu hanya itu. Tak dapat memaafkan diri sendiri.
“Ayah tak tinggalkan ibu.” Aqib tegaskan kata-kata. Disentuh lembut dagu si ibu dan diangkat sedikit. Biar mata bertemu mata sehingga tersingkap tabir hati.
“Percayakan Aqib, ibu. Ayah tak pernah tinggalkan ibu. Ayah tunggu ibu…” penuh yakin Aqib bersuara.
“Ayah tunggu ibu sejak 27 tahun lalu….” bisik Aqib lagi.
“Aqib…” Seluruh tubuh Zufa menggigil.
“Bukankah ayah kata, ayah akan bawa kasih ibu hingga ke hujung nyawa? Pasti ayah menanti ibu di sana.” Serentak itu juga empangan air mata Aqib pecah.
“Dan… ayah menanti ibu untuk ‘dating’ di taman syurga.” Sejurus itu Aqib kuis manja batang hidung ibunya sama seperti tingkah Naim saat bermanja dengan Zufa dahulu.
Seloroh Aqib mencipta ketawa Zufa. Zufa nampak diri Naim dalam mata Aqib. Ya, Aqib mewarisi segala sifat arwah suaminya kecuali satu. Aqib bukan peminat setia tayangan di skrin sebaliknya si ulat buku yang celik teknologi.
“Ibu dah tua untuk dating…” Zufa tersipu-sipu mengukir senyum di bibir tua yang tak hilang serinya.
Aqib juga ketawa. “Ibu lupa? Ibu akan jadi ketua bidadari yang muda dan jelita. Wanita syurga yang cukup mempersonakan. Ayah pasti sangat merindui ibu.”
“Aqib, anak ibu…” Zufa dakap erat Aqib.


Aqib menghela nafas penuh ketenangan. Dia yakin telah membebaskan ibunya dari ‘penjara’. Selepas 27 tahun, akhirnya dia berjaya memerdekakan wanita cekal yang mengusung lara di jiwa ini. ‘Ibu… betapa selama ini kau cuba bersembunyi dariku baca sarat beban hatimu. Tetapi aku anakmu. Aku mahu kau tahu, takdir ini telah melahirkan aku hari ini. Anakmu yang lahir dari ketabahan dan kecekalanmu mengharung ujian Allah tanpa keluh-kesah. Kekuatan kau berpaut pada dahan kasihNYA menjadikan aku tak mudah rapuh meniti hari-hariku. Kerana aku memaut pada jemarimu saat kau menyelusuri denai hidup yang penuh liku.’
 “Hem, nampaknya ibu memang akan kuat menangis bila makin gembira,” seloroh Aqib sambil menepuk lembut belakang ibunya.
“Ibu tak akan menangis lagi selepas ini. Ini air mata terakhir… Ibu akan menangis lagi bila bertemu ayahmu,” bisik Zufa dalam senyum nipis.
***************
“Abang!” Jeritan Siti memecah hening subuh.
Aqib terkocoh-kocoh mendapatkan isterinya. Hampir saja simpulan kain pelekat dipakainya terbuka. Dia baru saja usai mengambil wuduk saat mendengar jeritan Siti tadi. Terus dia menerpa ke kamar sebelah yang menjadi kamar peribadi ibunya.
“Kenapa ni Siti…” Dada Aqib berdebar kencang. Hatinya berbisik agar apa yang dilihat matanya tak seperti apa yang terfikir di benak.
“Ibu…” Siti merenung Aqib dengan riak kebimbangan. Suaranya serak menahan tangis. Tadi dia singgah untuk mengajak si ibu subuh berjemaah seperti hari-hari sebelumnya.
“Kenapa dengan ibu?” Aqib melutut lalu meraih kepala ibu yang terkulai atas kain sejadah. Dibawa lembut ke atas ribaannya. Wajah ibu yang tenang ditatap penuh sebak.
“Ibu…” Perlahan-lahan jemari Aqib mengusap titis air mata yang bersisa di pipi ibunya. Mutiara jernih terakhir seorang ibu.
“Abang… ibu…” Siti menekup mulut tatkala sebak kian menjalar.
“Ibu pasti terlalu gembira saat ini…” Aqib mengukir senyum dalam linangan air mata yang tak berdaya lagi untuk ditahan.
Aqib tak akan lupakan roman cinta terakhir yang ditatap pada seraut wajah yang lena dengan tenang. 

MK'Roman Cinta' _24 RabiulAkhir1435_11:53 a.m
 

Wednesday, February 12, 2014

ISTERI AKU KALIS CINTA akan terbit...

Terima Kasih kepada semua yang menyokong karya ISTERI AKU KALIS CINTA.
Anak sulung Mawar Kamila ini berada dalam list terbitan pada penghujung bulan MAC 2014.
Terbitan LOVE NOVEL PUBLICATION
Cover novel belum siap lagi. Dah siap nanti Mawar update. ^_^"


Petikan daripada novel...

BAB 31 
      “Hem… pasangan bahagia ni dah tak lama lagi nak timang cahaya mata nampak,” usik Nur sambil mata memandang perut Maira yang nampak sedikit membesar tanda sudah berisi.
“Alhamdulillah, rezeki Allah. Berkat sokongan kalian juga,” ucap Maira dengan senyuman tak lekang di bibir.
“Aku gembira tengok kau berdua dah berbaik semula. Aku doakan kau terus berbahagia,” suara Diya senang hati.
Maira usap lembut bahu Diya. Maira memahami perasaan Diya yang sangat mengambil berat tentang dirinya. Malah Diya juga telah banyak memberi semangat kepada dirinya untuk tabah menerima takdir kehidupan bermadunya.
“Aku pun nak doakan kau juga. Aku doakan kau dapat rezeki macam aku ni cepat-cepat. Zahil mesti happy,” ucap Maira ikhlas.
Diya senyum tawar. Mengandung? Mungkinkah dia dapat merasai pengalaman itu untuk kali kedua? Mengingatkan perihal itu, Diya terkenangkan peristiwa dia mengalami keguguran kandungan yang menjadi lipatan hitam dalam sejarah hidupnya. Dapatkah dia mengandung lagi? Bersediakah dia?
 

BAB 32 
       “Awak jangan buat macam tu lagi. Kalau ditakdirkan kematian, biar saya yang pergi dulu. Saya tak berani, saya takut kehilangan awak. Malah untuk meninggalkan awak juga sangat menakutkan...” suara Zahil bernada lemah. Bergetar suaranya menahan sebak di dada.
 Entah mengapa Zahil gagal mengawal emosi. Melihat Diya hampir kemalangan di depan mata sendiri sungguh menakutkan Zahil

********************************
“Zahil…” sekali lagi Diya memeluk erat tubuh Zahil. Seakan tidak mahu lagi pelukan itu dileraikan.
Zahil teragak-agak untuk membalas pelukan isterinya. Tingkah Diya terlalu ganjil. Sangat pelik!
“Diya, kenapa ni?”
“Saya fikir awak dah pergi tinggalkan saya. Awak pergi mana? Saya cari awak…” luah Diya tanpa meleraikan pautan tangan yang melingkari tubuh Zahil. Ada sebak dalam suaranya yang bergetar.
 


BAB 33
Saat dan ketika ini, Zahil mahu menjerit pada satu dunia… ‘Isteri aku kalis cinta! Tidak pada cintaku!’ Namun begitu, suara itu ditelan semula. Pahit! Mungkin itu satu angan-angan. Zahil harus mengakui yang dia beristerikan si patung Liberty yang kaku dan berhati sedingin ais di kutup utara.  
*********************

“Zahil, sampai bila kita nak terpacak dekat sini macam hero dan heroin filem Titanic?”
       *************************
“Zahil, boleh tak kalau saya duduk?” soal Diya lagi.
       “Awak dah duduk dalam hati saya,”jawab Zahil lirih.
************************ 

NANTIKAN ISTERI AKU KALIS DI PASARAN. BOLEH JUGA ORDER SECARA ONLINE DI WEBSITE LOVE NOVEL ENTERPRISE BILA ORDER DIBUKA NANTI. ^__^"