Adelia Dayana mendidik hatinya agar kalis cinta kerana masa silam yang mencalit noda dalam sejarah hidupnya. Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Berkali-kali Diya cuba menolak hasrat Zahil tetapi lelaki itu tidak pernah kenal erti mengalah.
“Saya
dah agak awak akan reject perasaan saya. Kenapa saya
boleh jatuh hati pada manusia berhati batu macam awak ni? Memang gila betul!” ..._ZAHIL HARIZ
“Awak
dah tahu ia gilakan, jadi padamkan perasaan tu dengan segera. Habis cerita!”..._ADELIA DAYANA
Ternyata cinta Zahil terlalu utuh untuk Diya lari. Lantas kehadiran lelaki itu sebagai suami terpaksa Diya terima.
“Mas
kahwin saya bagi awak terima. Saya, awak tak nak terima pulak!”..._ZAHIL HARIZ
“Hei! Awak ingat saya hadap sangat dengan mas kahwin awak bagi tu? Awak boleh ambil balik la kalau nak sangat!"..._ADELIA DAYANA
Diya belajar menjadi isteri yang baik walau tanggungjawab sebagai isteri tidak sepenuhnya ditunaikan. Pada Zahil, cintanya tidak bersyarat. Dia setia menunggu sehingga cintanya berjaya menembusi hati Diya. Namun ada rahsia yang Zahil sembunyikan daripada pengetahuan Diya. Rahsia yang bakal mencetus kebencian di hati Diya terhadap Zahil.
Saat cinta Zahil mula menyentuh hati Diya yang dingin, rahsia yang disimpan selama ini terbongkar jua.Ternyata jangkaan Zahil tepat sekali. Saat itu, kebencian Diya seakan tiada penghujungnya. Zahil benar-benar teruji dengan kebencian Diya terhadapnya. Bencinya Diya pada Zahil umpama tiada maaf lagi buat lelaki itu.
“Awak
tahu kenapa saya benci lelaki?” ...
“Sebab
semua lelaki yang saya jumpa, semuanya manusia bertopengkan syaitan!” Diya
telan air liur. Nafasnya turun naik, turun naik. “Dan… awak adalah lelaki yang
bertopengkan bapak syaitan!” ..._ADELIA DAYANA
“Jangan bongkak Diya. Cinta itu kurniaan Allah. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Andai suatu hari nanti Allah benihkan perasaan cinta dalam hati awak, saat itu awak akan menyesal disebalik tembok kebencian yang awak bina sendiri!” ..._ZAHIL HARIZ
“Jangan bongkak Diya. Cinta itu kurniaan Allah. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Andai suatu hari nanti Allah benihkan perasaan cinta dalam hati awak, saat itu awak akan menyesal disebalik tembok kebencian yang awak bina sendiri!” ..._ZAHIL HARIZ
Perkahwinan tanpa bertunjangkan cinta dan kepercayaan ternyata cukup
mencabar. Bahtera perkahwinan mereka dibadai ujian silih berganti.
“Awak…”
Diya tunding jari tepat ke muka Zahil. “Dengan adik awak tu sama saja. Kalau
dah adik perogol, abang pulak penzina!” tengking Diya.
"Diya
tak pernah cintakan aku. Tapi…tak ada syarat dalam cinta aku yang Diya perlu
mencintai aku seandainya aku mencintai dia"..._ZAHIL HARIZ
p/s: harap ISTERI AKU KALIS CINTA tak mengecewakan pembaca semua. tq utk komen dan sokongan semua.
best....bila kuar dalam versi cetak??
ReplyDeletenadya
tq nadya. x sure lg bila akan keluar dlm versi cetak.
Deletemanuskrip msh blum cyap sepenuhnya.
insyallah, akan diusahakn hngga cyap secpt yg t'daya.
salam aalaiki sis....klau dh kluar bgtawu yer...publisher mner skali...xsabar... keep it up ^,^
ReplyDeleteinsyallah... mawar akan maklumkan jika rzki tu ada. ^_^
Deletetrm ksh ye, Ana_mIrDzA krn menyokong IAKC.
KAK MAWAR I SUKA SANGAT SINOPSIS isteri aku kalis cinta....jalan ceritanya mengujakan...suspens pun ader....
ReplyDelete~plz do inform bila keluar dalam versi cetakan...x sabo2 utk mendapatkannya~
tq utk sokongan lavania. akak akn cuba cyapkn dgn segera. t klu dh ada rzki utk diterbitkn, akak akn mklumkn dkt blog ni. hppy bila reader sume suka. x la syok sdr je menulis. x gtu? heheee ^_^!
DeleteSis is tak sabau...nak tgk drama dan baca novel jgkkk....😄😄
ReplyDeleteKat mana nak dapatkan novel ni? Omg in love dengan diya dan zahil ❤
ReplyDeleteEndingnya happy kn..?best sgt..lg2 tgk cetanya skg..tp hope happy ending..diya and zahil..sweet couple..
ReplyDeleteapa hubungan zahil dengan dato laila sebenarnya. selain mak sususan
ReplyDelete