ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)

ISTERI AKU KALIS CINTA (IAKC)
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.”

Terima Kasih kerana menjadi Follower ^_^"


PERHATIAN!
SELAMAT MEMBACA ^_^! TERIMA KASIH KERANA MELAWAT p/s:kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai... kejujuran pembaca untuk tidak menciplak dan copy karya saya adalah amat2 dihargai...



Wednesday, July 11, 2012

ISTERI AKU KALIS CINTA 4


 Oleh: MAWAR KAMILA
BAB 4
“Diya, please beri peluang pada saya kali ini. Saya tak seperti yang awak sangkakan,” rayu Razif pada Diya ketika semua pekerja lain sudah pulang.
Razif seakan terdesak oleh gelojak perasaannya. Razif seakan obses untuk memiliki Diya. Jual mahal Diya begitu menarik minatnya. Diya sentiasa membayangi hidupnya sejak akhir-akhir ini. Senyuman, renungan dan haruman perfume gadis itu seakan menghantui diri tatkala mata dipejamkan. Diya menari-nari dalam fikiran Razif setiap masa.
“Encik Razif, saya mahu balik. Saya tak dapat terima Encik Razif dan jawapan saya tidak untuk semua permintaan Encik Razif,” tegas Diya.
Malas betul layan mamat tak faham bahasa ni. Wahai semua lelaki-lelaki di dunia, semua wanita boleh sakit jiwa kalau semua lelaki bersikap macam mamat ni. Diya mengeluh malas. Sesekali Razif mengingatkan Diya pada Zakuan. Lelaki itu! Diya tidak akan biarkan pisang berbuah dua kali. Dia akan cantas semua peluang untuk perkara sama berulang kembali.
 “Saya minta diri Encik Razif,” Diya segera berlalu.
Diya berjalan pantas menuju ke arah pintu lif. Dia mahu pulang segera. Tidak mahu bertembung dengan lelaki itu. Nafas lega ditarik sebaik saja sudah melangkah masuk ke dalam lif.  Saat pintu lif mahu tertutup, ada pula tangan yang menyekat. Dan wajah Razif terpacak di hadapan lif. Diya terkejut tetapi segera diselindungi perasaan terkejutnya itu.
Razif masuk ke dalam lif dengan muka serius. Sebaik saja pintu lif tertutup....
“Eh! Apa ni Encik Razif?” Diya meronta apabila Razif tiba-tiba saja menerkam ke arahnya.
Sedaya upaya Diya menolak tubuh sasa Razif yang memeluk dan cuba mencium bibirnya. Lelaki itu sudah hilang akal! Rakus sekali tindakkan Razif cuba memenuhi keinginan nafsu jahatnya. Rontaan Diya semakin kuat.
“Lepaskan saya Encik Razif!” Razif bagai dirasuk syaitan. Rontaan Diya seolah tidak didengar telinganya. Lelaki itu begitu rakus melawan rontaan Diya.
Diya melawan sedaya upaya. Tubuh Razif ditolak dengan tangan kanan manakala sebelah tangan lagi menolak muka Razif yang mendekati wajahnya. Tidak rela Diya membiarkan bibir Razif itu bertemu dengan bibirnya. Ya Allah… Diya benar-benar mengharapkan pertolongan Allah saat ini.
“Razif, lepaskan aku!” Razif senyum sinis. Kemudian ketawa besar apabila kekuatannya mengatasi tenaga wanita Diya. Tubuh Diya berjaya dirangkul dalam dakapannya. Cuma keinginan menyentuh bibir Diya belum tertunai. Pergelutan terus berlaku.
“Aku akan dapat apa aku mahu!” kata-kata Razif benar-benar membakar amarah Diya. Seterusnya mencetuskan kekuatan luar biasa dalam diri gadis itu. Razif sudah menjadi syaitan! Marah dan dendam menyemarakkan kekuatan dalam diri Diya.
“Lelaki tak guna!” Diya menolak tubuh Razif memberikan ruang sedikit antara mereka. Lalu lutut kanannya menendang celah kelangkang Razif sekuat tenaga! Tendangan yang cukup jitu.
“Awww!!!” Razif terloncat-loncat sebelum duduk melutut di lantai. Lelaki itu mengerang kesakitan yang amat. Wajahnya merah padam dek perit yang menyengat.
Saat itu juga pintu lif terbuka. Diya terus berlari keluar. Tidak berkalih lagi. Hatinya membisikkan syukur ke hadrat Allah.


Laju kereta Myvi Diya membelah jalan raya. Sumpah seranah dihemburkan pada Razif sepanjang pemanduan itu. Wajah Diya sudah merona merah dek amarah membakar hati. Tidak diduganya Razif sanggup bertindak sejauh itu. Perasaan benci pada Razif semakin menebal. Razif sama seperti lelaki itu! Lelaki yang memalit sejarah hitam dalam hidupnya. Pada Diya, mereka berdua sama saja. Manusia setan!
“Lelaki tak guna! Aku benci lelaki macam tu! Benci! Benci! Aku benci!” Diya menjerit sekuat hati. Bencinya menyala-nyala. Mahu saja dibakar lelaki itu hidup-hidup andai diberi peluang menjatuhkan hukuman!
Tiba-tiba! “DAM!!!” kepala Diya mencium stereng kereta walaupun dia mengenakan tali pinggang keselamatan. Jika tidak memakai tali pinggang keselamatan, mungkin Diya sudah terhumban mencium cermin depan.
Hati yang terbakar bagai disimbah minyak petrol, berapi-api macam nak meletup! Diya segera keluar dari kereta dan melihat hadapan keretanya. Mulut Diya melopong melihat hadapan keretanya telah kemek. Seorang lelaki keluar dari kereta Sonata Hyundai yang berlanggar dengan Myvi milik Diya.
Diya pandang pemilik kereta Sonata Hyundai yang sudah mendekatinya. Lelaki! Huh! Nampaknya hari ini semua lelaki saja cari pasal dengan aku!
“Awak tak tahu bawa kereta ke? Suka-suka hati berhentikan kereta tengah-tengah jalan. Apa ingat ni jalan bapak awak punya ke!” sembur Diya pada pemilik kereta itu
“Maaf cik, saya...” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Diya terus memotong.
“Maaf? Hei! Kalau saya mati tadi, awak ingat maaf awak tu laku ke? Bawak kereta macam orang mabuk, harap kereta je besar. Akal tak ada! Tak guna! Lelaki semua sama!” Diya terus memaki hamun lelaki itu.
Diya tidak peduli siapa lelaki itu. Amarahnya pada Razif merasuk emosi. Lelaki semuanya sama saja pada Diya. Akan terus menyakiti wanita yang dianggap lemah demi memenuhi keinginan nafsu mereka. Diya tidak mahu menunjukkan kelemahannya pada lelaki ini. Biar lelaki itu tahu bahawa dia bukan wanita yang senang-senang saja hendak dibuli sesuka hati!
“Kau ingat kau lelaki, boleh bawa kereta sesuka hati? Harap akal je banyak, tapi bodoh!” tengking Diya dengan mata mencerlun tajam. Setajam lidahnya.
Kesabaran lelaki itu mulai menipis. Tidak mampu lagi terus bersabar. Lantas tangan kanan lelaki itu menekup mulut yang tidak henti-henti menyembur amarah padanya. Kemudian tubuh gadis itu ditolak hingga tersandar pada kereta Myvi yang berlanggar dengan kereta Sonata Hyundainya. Diya terkejut hingga tidak sempat meronta.
Apasal pula ni? Apa dia nak buat pada aku! Hati Diya cuak. Ketakutan tergambar dalam renungan mata yang terbeliak menikam lelaki berkaca mata hitam itu. Tangan kiri lelaki itu menekan bawah leher Diya menyebabkan pergerakan tubuh gadis itu terkunci. Untuk bernafas pun agak sukar.
Diya cuba untuk meronta tetapi tubuhnya sudah tertekan pada kereta dan tidak dapat untuk bergerak lagi. Keadaan jalan di situ pula sunyi tanpa sebuah kenderaan pun melaluinya. Hati Diya berdebar-debar. Keberaniaan Diya hilang dan ketakutan mengisi segenap ruang.
 Diya telan air liur tatkala wajah lelaki itu mendekati wajahnya. Jarak hidung mereka hanya satu jari dari bertembung. Diya tidak dapat melihat mata lelaki itu memandangkan lelaki itu mengenakan kaca mata hitam. Haruman perfume dipakai lelaki itu menusuk hidung dan menggetarkan hati Diya. Degupan jantung terasa kencang tatkala nafas lembut lelaki itu terhembus pada wajahnya.
“Awak dengar saya cakap pula.” Mata Diya terkebil-kebil. Berkali-kali Diya telan air liur.
“Pertama, awak yang langgar kereta saya dan bukan saya yang langgar kereta awak! Kedua, lampu isyarat dekat depan tu warna merah jadi, saya berhentikan kereta! Ketiga, awak tak perlu risau sebab saya tak akan minta awak bayar ganti rugi untuk kerosakan kereta saya tu! Walaupun awak yang salah tapi buat-buat tak bersalah pula…” Bibir lelaki itu mengukir senyum sinis.
“Keempat, saya tak tahu apa sebab awak marah sangat tapi memandu dalam keadaan beremosi sangat bahaya. Selain dari nyawa awak, nyawa saya pun benilai juga. Dan yang kelima! Lain kali kalau nak marah, cover-cover sikit. Bersembur air liur, membazir je,” laju sekali lelaki itu berbicara.
Tamat bicaranya, Diya dilepaskan. Tercungap-cungap Diya mengambil nafas. Nasib baik aku tak putus nyawa. Mamat ni teruk betul la! Kalau ye pun nak tegur, agak-agak la macam nak cekik aku. Diya jeling lelaki itu yang sedang membetul-betulkan kaca mata hitamnya. Diya tergamam. Tidak tahu apa yang patut diperkatakan. Aku nak minta maaf ke? Ke nak marah dia sebab kasar dengan aku?
Lelaki itu kemudian melangkah ke arah keretanya dan masuk ke dalam kereta itu tetapi tidak pula menutup pintu. Dari jauh Diya melihat lelaki itu seperti mencari-cari sesuatu dalam dashboard. Beberapa saat kemudian lelaki itu keluar dari kereta dan menapak menghampiri Diya yang sudah masuk kembali dalam kereta Myvinya. Lelaki itu meminta Diya menurunkan cermin keretanya.
Apa hal pula suruh aku buka cermin kereta ni? Dah macam polis trafik pula mamat ni. Nak saman aku ke? Diya yang was-was dengan niat lelaki itu sempat mengunci kereta sebelum menurunkan cermin kereta.
Sebaik saja cermin kereta diturunkan, lelaki itu tersenyum manis. Glup! Diya telan air liur. Alahai, manisnya senyuman. Mujur tidak runtuh tembok di hati Diya. Lelaki itu mendekatkan tangannya ke wajah Diya yang kaku saja melihat perlakuan lelaki itu. Aik! Diya dah jadi macam patung pula. Takkan kena penangan senyuman manis ala-ala Lee Jun Ki ni kot…
Diya rasakan ada sesuatu yang lembut menyentuh dahi yang terasa sedikit perit. Rupa-rupanya lelaki itu mengelap darah pada luka kecil di dahi Diya menggunakan sapu tangannya. Kemudian lelaki itu menempek pula luka itu dengan plaster yang diambilnya dalam dashboard sebentar tadi. Setelah siap menempek plaster tersebut, lelaki itu berpatah kembali ke keretanya. Tanpa sepatah ucapan perpisahan, lelaki berkaca mata hitam itu hilang dengan memandu kereta Sonata Hyundai berwarna putih.
Diya terkedu dengan tindakan lelaki tersebut. Gadis itu tergamam hingga tidak terluah ucapan terima kasih seterusnya membiarkan lelaki itu pergi begitu saja. Segalanya berlaku umpama mimpi. Dalam sekelip mata saja kereta mereka berlanggar dan dalam sekelip mata juga lelaki itu sudah berlalu pergi.
Saat Diya kembali tenang, dia meneruskan pemanduannya semula. Rasa terkilan kerana tidak mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kesalahannya pada lelaki itu disimpan dalam hati. Moga ada pertemuan kedua untuk dia melunaskan hutang kemaafan dan penghargaan terima kasih itu.


“Aku nak berhenti kerja!” putus Diya penuh yakin.
Nur yang fokus menonton televisyen berkalih memandang Diya di sisi. Macam tak percaya saja apa yang didengarnya tadi. Tapi telinga Nur baharu saja servis dan reaksi Diya yang penuh yakin membuktikan kata-kata tadi bukan cakap kosong.
“Apa dah jadi?” soal Nur setelah terdiam seketika. Nur menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada Diya sejak sahabatnya pulang dari kerja. Tidak pula Nur bertanya kerana dia menanti Diya sendiri membuka mulut.
“Aku tak boleh sabar lagi. Si Razif tu dah melampau.” Riak amarah terpancar pada wajah Diya. Mahu saja Razif dikarate separuh mati. Malang pula Diya sendiri tidak pernah belajar karate maka itu Razif terselamat daripada separuh maut di tangan Diya. Dapat melanyak lelaki itu dalam lif tadi pun Diya masih belum puas hati.
“Apa Razif dah buat pada kau?” Nur masih kabur dengan kata-kata Diya. Tetapi Nur dapat mengagak Razif telah berbuat sesuatu yang tidak baik pada temannya kerana itu Diya sudah naik hantu! Nama Razif kerap meniti di bibir Diya sejak akhir-akhir ini. Semuanya tentang sikap buruk Razif yang suka mengganggu Diya di pejabat.
“Lelaki tak guna tu cuba cabul kehormatan aku! Memang gila!” Diya berterus terang dengan penuh emosi.
Nur sudah melopong dengan mata terbeliak. Air liur yang hendak ditelan pun seperti terlekat di kerongkong. Terkejutnya bukan kepalang. Ini kes berat!
“Bi… biar betul!” itu saja yang mampu terluah dari mulut Nur yang masih terkejut biawak.
“Cerita aku ni memang betul! Yang tak betulnya mamat gila tu!” ujar Diya masih dibelenggu amarah. Jika diingat kembali peristiwa petang itu, mahu saja Diya mendapatkan Razif dan sumbat lelaki itu dalam mangkuk tandas. Lepas tu, tarik flush dua kali. Puas hati! Banyaknya hukuman aku nak bagi dekat si gila tu!
“Kau tak report polis?”
“Tak. Aku malas nak fikir panjang, aku nak berhenti kerja. Aku akan pergi jauh dari mamat tak betul tu dan cari kerja di tempat lain. Itu saja yang aku mampu fikir sekarang ni,” balas Diya.
“Kau tak sayang kerja kau? Ye la, Razif tu pun lima bulan je kan,” soal Nur sambil menyua keropok kepada Diya. Plastik keropok disambut Diya dengan perasaan bengang.
“Dalam tempoh masa berbaki ni, macam-macam boleh jadi. Aku tak nak ambil risiko. Aku nak berhenti!” Diya sudah nekad.
“Ok la kalau kau dah nekad. Dah ada kerja lain?” Nur lega juga sahabatnya selamat. Andai peristiwa hitam kembali berulang, tidak terbayang bagaimana keadaan Diya kelak. Syukur la Allah melindungi Diya.
“Belum. Aku baru buat keputusan sekarang. Mana sempat nak fikir kerja-kerja lain ni.” Diya capai keropok udang BIKA lalu dikunyah dengan sisa geram di hati. Jika Razif seperti keropok ni pun bagus juga. Diya kunyah hingga lumat!
“Em… kalau gitu, nanti aku tolong kau carikan kerja baru,” suara Nur menenangkan hati sahabatnya itu. Kesian betul la Diya ni. Jadi orang cantik pun susah juga. Itu la dugaan Allah atas setiap nikmat kurniaanNya.
Thanks Nur,” ucap Diya dengan senyum nipis. Sedikit lapang dada dengan kebaikan Nur.


Esoknya, Diya pergi ke pejabat bersama sepucuk surat. Pastinya surat meletak jawatan. Mahu tidak, lelaki itu bukan saja bertindak biadab padanya malah Razif menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan kereta.
“Diya, let me explains first,” Razif masih cuba memujuk Diya.
“Penjelasan apa lagi? Terang-terangan awak cuba ragut kehormatan saya! Awak patut bersyukur saya tak buat report polis,” Diya menyemburkan amarahnya. Bagi penjelasan sebakul pun dah tak guna. Cakap mamat ni semuanya sampah! Hish! Dari semalam asyik marah orang. Kalau hari-hari mahu kena serangan jantung aku ni. Sabar la Diya…
Diya berlalu keluar dari pejabat Razif. Mengemas semua barang miliknya di meja kerjanya dan bersedia berlalu pergi. Tetapi Razif muncul lagi di mejanya.
“Tolong Diya, kesiankan saya. Apa saya nak cakap kalau Khalid balik nanti? Awak tak boleh buat saya macam ni.” Razif tanpa segan silu memohon belas kasihan Diya. Di mana belas kasihan lelaki itu ketika bertindak seperti binatang semalam?
“Encik Razif, sabar saya ada batasnya. Encik Razif pasti tidak mahu saya bercerita peristiwa semalam secara terbukakan,” ugut Diya. Gadis itu berlalu pergi.
“Saya tak akan lepaskan awak Diya!” jerit Razif tanpa mempedulikan staf-staf lain yang menonton wayang percuma mereka.
Diya yang menghampiri pintu keluar berpaling ke belakang. Tajam matanya menikam mata Razif.
“Saya juga tak akan lupa perbuatan Encik Razif!”
Staf-staf lain mula berbisik sesama mereka. Hujung pangkal cerita tidak mereka ketahui. Tetapi adat gosip la katakan, yang pendek jadi panjang, yang tiada diada-adakan.


Hampir sebulan juga Diya menjadi penganggur sehingga Nur memperkenalkan Diya dengan Kamelia. Diya membantu di kedai butik Kamelia. Jauh benar daripada profesionnya sebelum ini. Tetapi itu lebih baik dari jadi penganggur terhormat walaupun gajinya juga tidak seberapa. Walaupun agak kekok pada awalnya, itu semua dapat di atasi setelah gigih belajar daripada Kamelia. Lama kelamaan dia sudah mulai biasa dan minat dengan kerjanya itu.
“Ding! Dong!” loceng berbunyi tanda ada pelanggan yang masuk.
“Diya, pergi layan customer tu. Biar akak habiskan kerja ni,” arah Kamelia.
Diya hanya menurut. Segera dihampiri pelanggan lelaki yang sedang membelakanginya itu.
“Selamat datang encik.” sapa Diya dengan penuh mesra.
Saat lelaki itu berpaling menghadap Diya. Gadis itu melopong. Dia ni… bukan ke mamat tu! Errrk… mamat langgar kereta tu!
“Besar betul mulut awak. Baik awak tutup sebelum saya cium!” Automatik Diya menutup mulutnya. Seolah-olah lelaki itu serius dengan gurauannya.
Lelaki itu tersenyum melihat tingkah Diya. Seperti pertemuan dahulu, lelaki itu memakai kaca mata hitam yang melindungi sepasang mata yang menjadi tanda tanya di hati Diya. Nak tunjuk macho la tu. Masuk kedai pun nak pakai kaca mata hitam. Bergetar juga hatinya tatkala bertemu lelaki ini buat kali kedua. Terucapkah maaf dan terima kasih walau sudah bertemu kini?
“Encik nak beli baju untuk siapa?” soal Diya sekali lagi. Almaklum la butik ni butik pakaian perempuan. “Emm… isteri ke?” Diya cuba untuk bersikap mesra pelanggan. Peristiwa pertemuan pertama tidak disebut lagi. Nanti la dulu.
“Saya nak tengok-tengok dulu,” jawab lelaki itu. Diya hanya mengangguk kepala. Lelaki itu meneliti pelbagai rekaan baju kurung yang terdapat dalam Butik Delias Collection milik Kamelia. Semuanya dibelek-belek ala kadar. Dari deretan pakaian yang tergantung di sebelah kanan hingga yang terletak di sebelah kiri kedai. Semua ditelitinya. Setelah sepuluh minit berlalu, sepasang pakaian pun belum dipilihnya.
Kekiri kemudian kekanan. Setiap langkah lelaki itu diekori Diya. Dari kanan patah semula kekiri. Satu kedai telah mereka pusing. Tetap Diya ekori dengan kesabaran yang semakin menipis. Butik Delias Collection ini walau tak besar mana tetapi kalau sudah berkali-kali tawaf, naik lenguh kaki juga.
Apa mamat ni cari sebenarnya? Main pusing-pusing pula. Nak window shopping ke ape ni. Mahu saja Diya menggesa lelaki itu segera membuat pilihan. Apabila Diya mahu memberikan pendapatnya, lelaki itu segera menahan dengan mengangkat tangan kanannya. Diya mulai bosan. Sabar masih bersisa tetapi hati sudah meluat melayan kerenah pelanggang pelik ini. Hendak melayan pelanggan lain, ini la satu-satunya pelanggan yang ada waktu ini.
“Encik...” ayat Diya mati apabila telefon bimbit lelaki itu berbunyi. Diya sinis melihat tingkah lelaki itu yang pantas saja menjawab panggilan. Awek dia ke?
“Yep! Aku dah ada di sini,” berkerut dahi Diya apabila lelaki itu ketawa tatkala Kamelia muncul di hadapan mereka. Panggilan telefon dimatikan.
Well, dah lama kau tunggu?” soal Kamelia mesra.
Kenal ke? Diya rasa semacam pula apabila lelaki itu tersenyum manis tatkala bersapa dengan Kamelia. Seakan baru menyedari tujuan kedatangan lelaki itu bukan hendak membeli pakaian.
“Aku baru sampai,” jawap lelaki itu. Terasa panas hati Diya mendengar jawapan itu.
Baru la sangat… Ejek hati Diya. Matanya melirik tajam menikam riak tak bersalah yang dipamerkan lelaki itu.
“Oh! Perkenalkan ini pembantu baru aku, Adelia Dayana. Boleh panggil Diya.” Diya kini mengukir senyuman yang dibuat-buat.
“Errr… Diya? Ikut nama macam sepatutnya Daya. Tak gitu Cik Adelia Daya… na!” Kelat muka Diya mendengar komen lelaki itu. Apa masalah mamat ni? Main ejek-ejek nama aku pula. Suka hati aku la nak guna nama timangan apa pun. Ada masalah!
“Emmm…” gumam Diya dengan senyum yang ketara benar dibuat-buat. Senyum tak ikhlas la katakan. Tak peduli sekiranya senyum itu mengguris hati lelaki di depannya. Dia cakap sedap lidah, aku nak peduli apa perasaan dia!
Lelaki itu pula bermanis muka saja dengan riak Diya yang dapat dijangka tidak menyukainya. Bibir lelaki itu mengukir senyum manis manakala tangan membuka cermin mata hitamnya. Dengan mata sedikit sepet dan senyuman manis ala-ala Lee Jun Ki, lelaki di depan Diya ini saling tak tumpah seperti lelaki yang sama ditemui semasa kekecohan di restoran dulu. Terkejut Diya tatkala menyedari dua lelaki itu adalah orang yang sama.
“Hai, saya Zahil Hariz. Jumpa lagi kita. Memang ada jodoh,” ujar Zahil bernada mesra. Terserlah ketampanannya tatkala kaca mata hitam yang melindungi sebahagian wajah ditanggalkan.
Apa maksud dia dengan memang ada jodoh? Gerrr…
 “Kalian dah pernah bertemu sebelum ni?” soalan Kamelia dijawab Diya dengan senyuman. Kamelia mengangguk faham.
“Diya, saya nak keluar makan dengan Zahil. Awak tolong jaga kedai ye. Awak nak saya bungkuskan makanan apa?” suara Kamelia sambil memandang Diya.
“Macam biasa la.” Kamelia tua setahun daripada Diya tetapi Kamelia lebih selesa andai Diya menggugurkan gelaran kakak pada pangkal namanya. Alah, setahun saja bezanya.
 Diya pula malas untuk memanjangkan perbualan berkisar kiriman makanan dengan Kamelia di saat Zahil ada di situ. Setelah itu, Kamelia dan Zahil keluar meninggalkan Diya menjaga kedai. Sebaik saja mereka berdua hilang dari pandangan, Diya menjerit geram.
“Ceh! Aku ingat customer, rupa-rupanya datang nak keluar dengan Kamelia. Kalau aku tahu, tak payah aku susah-susah tunggu layan dia. Menyakitkan hati betul!” bebel Diya. Panas hatinya dipermainkan lelaki itu.

1 comment:

  1. lme tgu smbungnnya,,,akhirnya dh kluar,,
    ksian kt Diya,,,
    huhuhu,,

    ReplyDelete

terima kasih kerana membaca karya Mawar Kamila ^_^!
komen anda amat dihargai.